Gambar Ihsan dari Google |
Tiga tahun lalu:
“!@$^%%^&Y)(*&^$#@#$%&”, bebelan si Asistant Manager itu dalam bahasa Mandarin kepada Mr. Ng, sambil memandang aku dan rakan aku. Mungkin terlampau yakin aku tidak memahami kata-katanya, maka setiap ucapannya dalam Mandarin.
Selepas A.M itu
berlalu pergi, Mr.Ng terus tersengih dan datang ke tempat kami sambil tergelak
sakan. Perkataan pertama yang terkeluar
“You, fahamkan?”, aku
mengangguk dan tersengih seperti kerang busuk.
Setahun lepas:
“You ada stepler?”, tanya Mr. Kenny kepada aku. Secara spontan aku menjawab “meiyou!”.
“Ha??”
Tersembul ayat itu dari Mr.Kenny sambil buat muka terkejut.
“Saya tak ada
la Kenny”, jawab aku semula.
“Ooo you tahu cakap cina kan?” tanya Kenny.
“Mana ada! Semua orang tahu la meiyou tu
apa, apa la you ni”, kata aku.
……………………………………………..
Entah siapa
yang bocorkan rahsia yang aku pernah mengambil bahasa Mandarin semasa di
Universiti dulu. Tapi rentetan dari peristiwa itulah, hubungan aku dan rakan
sepejabat berbangsa cina menjadi rapat sehingga jika aku pulang lewat pasti ada
rakan cina aku yang sanggup menunggu untuk tumpangkan ke stesen LRT.
Dari situ, baru
aku tahu. Begitu besarnya peranan bahasa dalam hubungan antara manusia.
Betullah kata pepatah “Bahasa itu jiwa bangsa”. Walaupun, hakikatnya aku tidak
fasih dan hanya tahu beberapa patah perkataan dalam bahasa Mandarin tetapi rasa
hormat mereka terhadap aku berlainan sedikit. Dan yang lebih ketara, mereka
tidak akan mengumpat dalam Mandarin bila ternampak aku..:P
……………………………………………………………
Times
Squre. Convention Centre. Fortune Park. Palmville Resort Condominium. Metropolitan Square. Palm Spring. Casa Tropicana. Bunyinya seperti berada di Kota London tapi
itulah sebahagian nama-nama bangunan atau tempat yang terkemuka di Kuala Lumpur.
Pelik. Bagi aku
sungguh pelik. Kenapa bangunan-bangunan atau tempat-tempat sebegini diletakkan
dengan nama yang tidak melambangkan Malaysia? Mengapa mesti menggunakan bahasa
penjajah? Bukankah kita mahu membangun dengan acuan sendiri? Buruk atau teruk
sangatkah bunyinya jika diletakan nama dalam Bahasa Malaysia?
Fenomena
meletakkan nama yang seolah-olah melambangkan ‘international’ semakin menjadi-jadi. Jika dulu Proton lebih
sukakan Saga, Wira, dan Perdana
manakala Perodua mempertaruhkan Kancil sekarang
bertukar menjadi Preve, Gen2, Myvi, dan Viva. Kemudahan
pengangkutan awam bas dan keretapi di Kuala Lumpur pula dinamakan RapidKL.
Bukankah “Bahasa
itu jiwa bangsa”? Tidakkah bangga jika si Jerman boleh berkata ‘Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur’?
11 comments:
takkan melayu hilang di dunia.. tapi melayu saja la. bahasa melayu dah nak pupus..:P
kampung baru akan di tukar dengan KL New Village.. coming soon..
betul2.. ^ __ ^
Biasa la, apabila semuanya ingin ber'english'. Mall, Parade, Land, Lagoon, semuanya english..alasan mereka supaya memudahkan pelancong asing pergi ke tempat2 tersebut -.-'
Dunia sekarang camtu la, tak ber'english' maka tak popular la
Ala..biasa la.nama khatijah pn leh jd khaty..apa sgt la nama bangunan2 tu.Nnt malaysia jd malay sia2 la..huhu
oh Malaysiaku.. selamat hari Malaysia!!
a'ah x penah terpikir plak pas ni nak blaja cakap tamil la pulak hihi ^^
adoi... 1 malaysia betul2 ni... haaaaaaaaa
Bestnye dpt fhm dye owg ckp pe
alasan sama..bahasa omputih lebih glemer..ceh.. :P
Catat Ulasan
Komen apa sahaja, suka hati korang la :P