Jana Duit Dengan:

4 Alasan Yang Dibenci Allah

Ahad, 9 September 2012

Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak empat macam alasan daripada empat jenis gologan manusia iaitu:


1. Orang kaya

Mereka berkata, “Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan”

Allah berfirman, “Kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa daripada mengingati Aku”.

2. Hamba sahaya

Mereka berkata, “Aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu”.

Allah berfirman, “Utusan-Ku yang bernama Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula dia leka daripada mengerjakan ibadatnya terhadapKu”.

3.Orang Miskin

Mereka berkata,”Kemiskinan dan kekurangan yang menyebabkan kami tidak berpeluang beribadat kepadaMu”.

Allah berfirman,”Kemiskinan yang kamu rasai tidaklah semiskin Nabi Isa a.s dan dia tidaklah mengabaikan tanggungjawab kepadaKu”.

4. Orang menderita sakit

Mereka berkata, “Penyakit inilah yang menghalang aku daripada sujud terhadapMu”.

Allah berfirman,”Penyakitmu tidaklah seteruk apa yang dialami oleh Nabi Ayub a.s, tetapi lidah dan hatinya sedikitpun tidak berhenti daripada menyebut namaKu”.   

Petikan asal: Mastika November 2005

6 comments:

Novelgurl berkata... Reply To This Comment

MasyaAllah..apa lagi alsn kita utk mnidkkn tggjwb kita? Nauzubillahminzalik..nabi2 lebih parah diuji nmun sedikt pun x leka dlm mengingtiNya..Allahu Akbar!.

AFNI berkata... Reply To This Comment

Allahu Akbar!!

Pelangi Biru berkata... Reply To This Comment

tak ade satu alasan pon yang boleh kite buat utk takk menunaikan prntah allah .
bila nafsu menguasai iman macam macam boleh terjadi .

Hendrik Sudirman berkata... Reply To This Comment

Tidak ada alasan untuk tidak bersujud kepada sang pencipta tunggal, ALLAH SWT dan sungguh Para Nabi dan Rasul adalah surti tauladan yang terbaik bagi hambaNya.

Ain Najwa berkata... Reply To This Comment

Alhamdulillah kite masih sihat dan berupaya untuk melakukan ibadah..jgn sesekali mengeluh itu pasti..islam itu indah kan....

NUR AIN AZMAN berkata... Reply To This Comment

Thanks sharing

Catat Ulasan

Komen apa sahaja, suka hati korang la :P

Blog Yang Mantop