Jana Duit Dengan:

Si Hijabista Yang Opps..

Rabu, 12 September 2012

Dia cantik. Memang cantik. Berhijab. Memakai baju kemeja polos paras pinggang. Berdiri sambil memegang pemegang tangan yang tergantung di dalam tren. Padangan matanya keluar tren mungkin memerhati permandangan pagi di Kuala Lumpur. Tanpa dia sedari banyak mata melirik ke arahnya, mungkin kerana dia cantik atau opss…

Seluar leggingnya!! Ya, seluar leggingnya. Si cantik manis hijabista ini berdiri betul di depanku. Dan aku pula duduk di atas kerusi yang disediakan di dalam tren ke Kelana Jaya. Aku mengalih pandangan mataku dari melihat dia, bukan kerana aku iri hati pada kecantikkan dia, tetapi terbit rasa simpati apabila memandangnya. Simpatiku bukan kerana dia berdiri tapi..

Seluar leggingnya!! Ingin sahaja aku katakan pada si cantik hijabista ini, “awak memang cantik, tapi sayang, pemakaian awak tidak secantik awak!”. Apa yang aku lihat adalah seorang perempuan cantik yang memakai hijab, tetapi tidak memakai seluar!

Maaf. Apabila seorang perempuan berhijab, memakai seluar legging  yang ketat, memakai baju yang senteng, dan memegang pemegang tangan yang tergantung di dalam tren, sudah pasti baju yang senteng akan terangkat ke atas dan hasilnya?

Oppss.. Menampakkan segala bentuk dan ‘sesuatu’ yang tidak sepatutnya seseorang yang berhijab seperti si cantik manis ini tonjolkan. Aku bukannya lelaki yang akan menganggap apa yang aku lihat itu ‘rezeki’ atau ‘cuci mata’. Aku seorang perempuan yang merasa begitu aib sekali dengan fashionista yang dibawa oleh si hijabista yang cantik manis ini.

Semoga Allah menjauhi aku daripada memakai pakaian sebegini dan semoga Allah memberi hidayah kepada si cantik hijabista berlegging ini dan pada diriku jua.

Yuna tiada kaitan dengan cerita ini, tapi ok apa pakai legging? Yuna pun pakai kan? :P.. 'No comment la!'.

6 comments:

yuni yuna berkata... Reply To This Comment

biasa la.. fesyen sekarang.. hot ok orang y pakai legging. hot dunia. hot lg akhirat.. :P

siti naqiah berkata... Reply To This Comment

salu sgt disajikan dgn pemandangan sebigini..akhir zaman, :(

BeLLa berkata... Reply To This Comment

ikut la cara yuna kalu pakai legging for the top pakai la top yg labuh,,

AFNI berkata... Reply To This Comment

yunk.. pakai la pape y suke. s long s selesa n mnutup aurat..

Miss Ena berkata... Reply To This Comment

sorry cakap tapi salah comment nombor 3 ni , mane boleh pakai legging ! walaupun top labuhh . kan nampak bentuk kaki , serupa cam tak pakai je , berdosa ! saya sbg org Islam boleh tegur je , kalau org lain taknak dengar , tu dosa sendiri lahh ye bukanye org tak tegur :)

AFNI berkata... Reply To This Comment

@Miss Ena betul2

Catat Ulasan

Komen apa sahaja, suka hati korang la :P

Blog Yang Mantop