Jana Duit Dengan:

Seromantis Rasulullah? Mengapa tidak?

Isnin, 10 September 2012

Menurut Majalah Fortune, 90 peratus CEO (Chief Executive Officer) yang terkemuka di dunia mengalami krisis rumahtangga yang mungkin disebabkan kesibukan kerja.

Kerana kerja, cinta terabai. Tetapi sesibuk Rasulullah s.a.w, Baginda masih punyai masa dan tenaga untuk membina rumahtangga yang sangat romatis. Jom, selami keromantisan Rasulullah s.a.w:

Wow!! Mandi Bersama, Seronok Bukan?  

Aisyah r.ha berkata: “Aku mandi bersama Rasulullah daripada satu bekas. Rasulullah mendahuluiku sehingga aku berkata: “Tinggalkan untuku, tinggalkan untukku!” Waktu itu kedua-duanya dalam keadaan berjunub.” [Riwayat Muslim]

Berdandan Bersama, Tentu Comelkan?

Aisyah bercerita: “Nabi s.a.w menjulurkan kepalanya padaku ketika aku sedang haid, padahal ketika itu Baginda sedang beriktikaf. Baginda meletakkan kepalanya di pangkuanku lalu kuusapi kepalanya dan kusikat rambutnya. [Riwayat Ahmad].

“Aku pernah mencalitkan minyak wangi kepada Rasulullah s.a.w yang Baginda miliki, sampai aku dapati rambut dan janggutnya berkilau. [Riwayat al-Bukhari]

Selimut Tidur Kesayangan Pun Ada, Anda Ada?

Rasulullah mencelup selimutnya dengan wars dan za’faran dan Baginda menggilirkan selimut tersebut kepada para isterinya mengikut malam giliran Baginda kepada mereka. [Riwayat al-Khatib]

Berkongsi Segalanya, Romantik Bukan?

Aisyah r.ha berkata: “Ketika aku haid, aku minum kemudian cawannya aku berikan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda juga minum pada bahagian aku meletakkan bibir tadi. Dan selepas aku mengigit sepotong daging, lalu kuberikan kepada Rasulullah, Baginda tidak segan menggigitnya pada bahagian yang tadinya aku gigit. [Riwayat al-Nasa’i].

Petikan asal: Solusi, Isu No 40

2 comments:

Unknown berkata... Reply To This Comment

tuu dia terbaik nie..kena ikut cara nabi kalau nak harmonikan rumah tangga..

AFNI berkata... Reply To This Comment

betul tu.. jom beramal cara nabi kite..

Catat Ulasan

Komen apa sahaja, suka hati korang la :P

Blog Yang Mantop