Jana Duit Dengan:

Dermatix Berkesan

Rabu, 5 September 2012

Saya selalu membeli 'scar reduction' kerana setiap bulan mesti ada parut jerawat pada muka. Tapi faktor pertama beli penghilang parut kerana terdapat parut gigitan serangga (serangga dikenali charli kalau di Seri Iskandar, Perak) yang sampai sekarang masih ada walaupun sudah 7 tahun sudah berlalu.


Dulu pernah guna Mederma, Bio Oil dan Theraphy Oil Palmers tapi entah macam mana parut masih ada. Mungkin tidak konsisten menggunakan produk tersebut atau produk tersebut tidak sesuai dengan kulit kot. Entahlah.

Terpengaruh dengan iklan televisyen dua bulan lepas, terus beli Dermatix di Watsons. Memang mahal kalau dibandingkan dengan Mederma, Bio Oil dan Theraphy Oil Palmers. Harga untuk 7g Dermatix lebih kurang RM47.

Lepas guna lebih kurang dua bulan pada parut jerawat memang nampak sedikit demi sedikit parut itu pudar. Dan kesannya pada parut gigitan serangga itu pun sama, semakin pudar. (Nak letak gambar parut tu, tapi aurat la.. hehehe).

The best part about this product, ia tidak berminyak dan cepat kering, mungkin sebab ia silikon gel. Guna sikit sahaja. Bayangkan hanya 7g ia boleh tahan sampai dua bulan lebih. Kalau dimuka, lepas letak sedikit Dermatix, tunggu kering and then pakailah make up.

Kepada yang masih lagi mencari scar reduction, cubalah Dermatix. Memang mahal sedikit tapi berkesan.

"I give it a 10/10"

22 comments:

Miss Sue berkata... Reply To This Comment

wahhh... sue pun ade parut jerawat ni kat muka..jerawat ni melampau betol kan ? siap tinggal parut lagi :(

AFNI berkata... Reply To This Comment

betul2.. sebab tu afni guna dermatix. lambat cikit la nk hilang.

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

klau guna Hiruscar post acne/gel lg cepat hilang jerawat, parut jerawat/luka dlm masa sebulan ja (gerenti). Harga lg murah iaitu 5gm RM17.50 dan klau 20gm RM54.80. Ada jual kt watson, guardian dan farmasi terpilih. selamat dan tiada kesan sampingan .

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

Hiruscar sudah guna dua bulan la, tak nampak kesan pun...

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

This post offers clear idea in favor of the new users of blogging, that genuinely how to
do blogging.

my homepage: binary option

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

I don't even know how I ended up right here, but I assumed this post was great. I do not understand who you're but definitely you're going to a well-known blogger if you are not already. Cheers!

Review my web site :: vps host []

Khirul mie berkata... Reply To This Comment

mama saye pakai simply siti liza jah... ermmm mengoda tergoaaaaaa duhhhhh....

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

kalau untuk hilankn jerawat bleh guna jgak ke....

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

dermatix atau Hiruscar yg elok ???

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

kalau parut bekas kena wayar kabel . . produk apa yang patut diguna ?

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

dermatix lagu bgus dari hiruscar

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

dermatix lagi bgusla

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

lau dermatix nga bio oil yg mane lgi berkesan untuk hilang parut lame erk??

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

macam mna nak dapt kan prduk ini.. saya nak beli laaa...

Eustass Kids berkata... Reply To This Comment
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Eustass Kids berkata... Reply To This Comment

sye dh lame gune dermatix tpi masih lagi xde perubahan..asal ha??

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

dermatix xberkesan pown... parut saya lg terang klau sya pakai dermatix..

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

guna kayu manis..cepat hilang tk pun guna lidah buaya....

miarifniz17 berkata... Reply To This Comment

saya tak tahu nak pakai apa untuk hilamgkan scars

miarifniz17 berkata... Reply To This Comment

saya tak tahu nak pakai apa untuk hilamgkan scars

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

Baru nak try guna dermatix ... harap brkesan lah coz parut lama dah bertahun

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

kalau guna dermatix untuk parut kanak kanak boleh ke

Catat Ulasan

Komen apa sahaja, suka hati korang la :P

Blog Yang Mantop