Bahawasanya mati itu benar, masuk ke dalam liang kubur itu benar. Soalan Munkar dan Nakir itu benar,
dibangkitkan manusia untuk diperiksa amalannya itu benar, melalui titi siratulmustakim
itu benar…..”
Pernahkah kita mendengar
ayat-ayat tersebut? Dan pernahkah kita terfikir mengapa apabila kita meninggal
dunia kita perlu berbin atau berbintikan ibu masing-masing? Pelik bukan?
Menurut ulama dan pemikir Islam
di Malaysia, Prof. Dr. Faisal Othman, amalan membin atau membintikan pada nama
ibu apabila kita meninggal dunia adalah karut semata-mata. Malah Rasulullah
s.a.w sendiri tidak pernah mengubah kedudukan bapa kepada ibu, sama ada masih
hidup atau mati.
Jadi mengapa selepas kita mati
kita dibinkan pada ibu ayah, tidak kepada ayah seperti mana semasa kita hidup?
Kenapa ya? Siapa ada jawapan bagi tahu Afni ye..
Gambar Ihsan Dari Google |
4 comments:
Sebab syurga di bawah telapak kaki ibu kot..
Tiada dalam nas, hadis atau firman Allah yang menyatakan perlu berbin/bintikan ibu selepas meninggal. Ini hanya amalan ahli-ahli fikah. Wallahualam..
ok.. thanks coz berkongsi info..
ada hadis daripada abi umamah tentang berbintikan pada ibu...kalo korang nak pasti samaada hadis itu sahih,selidiklah perawi nie:-)
Catat Ulasan
Komen apa sahaja, suka hati korang la :P