Anda mengalami:
- Pening kepala
- Sakit belakang
- Mengantuk selepas makan dan mudah penat
- Kurang tumpuan semasa membaca
- Jantung berdebar-debar
- Air kencing berwarna kuning pekat
- Kekejangan otot
- Mulut kering dan lidah bengkak
- Sukar buang air besar
- Panas dalam badan
Jika anda pernah atau sedang mengalami perkara diatas, berkemungkinan besar anda mengalami dehidrasi atau kekurangkan air putih dalam badan.
Untuk mengetahui anda mengalami dehidrasi selain gejala
diatas, anda boleh mencuba dengan mencubit kulit di bahagian siku. Jika dicubit
dan kulit lambat kembali normal atau tidak kenyal, bermakna anda mengalami
dehidrasi.
Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan walaupun sedikt boleh memberi kesan kepada tubuh badan dan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti kerosakan organ buah pinggang, arthritis, batu karang atau gejala seperti diatas.
Umumnya, badan manusia mengandungi 70 peratus air dan fungsi
air bersih dalam badan:
- Mengawal suhu
- Melindungi organ dalaman
- Membantu peredaran oksigen ke sel
- Merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal
- Mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain
- Pelincir pergerakan sendi (dimana 8-10 gelas air sehari mengurangkan penyakit arthritis)
- Menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit dan wajah
- Meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak
- Menghilangkan lapar dan letih
- Mengurangkan penyakit
Oleh kerana kita kehilangan air setiap hari, pakar pemakanan menyarankan supaya minum air masak atau air putih sebanyak 8-10 gelas setiap hari bagi mengimbangi kehilangan air dalam badan melaui pernafasan, air kencing, peluh dan najis.
Waktu yang sesuai minum air:
- Dua gelas air putih selepas bangun tidur bagi mengaktifkan organ dalaman
- Segelas air putih 30 minit sebelum makan bagi membantu penghadaman dan perut lebih ruang untuk isi makanan
- Segelas air putih sebelum mandi bagi membantu proses pengaliran dan menurunkan tekanan darah
- Segelas air putih sebelum tidur bagi mengelakkan terkena strok/ahmar atau serangan jantung ketika tidur.
- BH Famili, 6 September 2012
- .com Kesihatan, Utusan Malaysia, 11 Ogos 2012
0 comments:
Catat Ulasan
Komen apa sahaja, suka hati korang la :P