Jana Duit Dengan:

Garnier Pure 3 in 1 Teman Baikku

Khamis, 6 September 2012


Hari ini nak cerita tentang ‘facial cleanser’ atau pencuci muka sebab kalau dah namanya perempuan mesti setiap hari cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari kan?

Lepas SPM sampailah habis degree, produk pencuci muka aku mesti st.Ives iaitu Apricot Scrub dan Cleanser/Mask. Tapi masalah tentang produk ini sukar nak cari sebab hanya jual di farmasi-farmasi seperti Guardian dan Watsons dan yang paling tak suka selalu saja tak ada stok terutama untuk cleanser/mask tu.

Sebab selalu tak dapat beli St.Ives cleanser/mask tu, aku pon mulalah cuba produk lain seperti Olay, Nutox ,Lactacyd dan entah apa lagi. Mungkin sebab selalu tukar produk, muka yang dulunya licin macam telur dikupas kulitnya (sampai semua orang nak cubit pipi..:P), lama-lama jerawat tumbuh makin banyak.  Mulalah gabra bila jerawat makin banyak kan?


Lepas tengok iklan Garnier Pure 3 in 1 di televisyen (iklan tv memang perngaruh paling besar), terus  beli dengan harga RM19.90 di Watsons. Rasanya  sudah tiga bulan guna produk ini. Alhamdulillah, produk ini macam sesuai dengan kulit muka aku. Oleh sebab produk ini 3 in 1 (cleanser, mask and scrub), jadi aku berhenti guna St.ives Apricot Scrub. Jimat duit sikit. Jerawat masih juga tumbuh masa PMS tapi tidak banyak macam dulu. Bintik hitam atau putih pun kurang.

Disamping aku guna Garnier Pure 3 in 1, aku juga guna Garnier Pure Active Multi Action Toner. Toner atau penyegar sangat penting selepas mencuci muka kerana semasa mencuci muka pori akan terbuka, jadi penyegar digunakan untuk mengecilkan pori dan menegangkan kulit (informasi ini aku dapat dari akhbar BH kalau tak silap). 


Semasa aku taip post ni, muka aku sudah tak ada jerawat (tapi tak tahulah kalau jerawat tumbuh masa PMS), cuma ada parut jerawat yang dulu saja. Jadi untuk hilangkan parut jerawat tu aku guna Dermatix.

Untuk kedua-dua produk ini, “I give it a 8/10”.

5 comments:

Maisarah Azmi berkata... Reply To This Comment

dermatix tu boleh hilangkan parut jerawat erk?

AFNI berkata... Reply To This Comment

boleh dik.. tapi bukan pakai skali trus hlang. lamabt ckit..

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

dh pakai garnier 3 in 1 .but kulit muke sme cm dlu jee .

biha ishak berkata... Reply To This Comment

salam,, sya nak tanya,, boleh tak pakai garnier light(warna kuning) dengan garnier pure active pada masa yang sama?.. contohnye sya pkai pncuci muka pure active(warna biru) ,selepas itu saya pakai moisturizer light(warna kuning)...

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

skang de jual lagi x garnier pure 3 in 1 ni?

Catat Ulasan

Komen apa sahaja, suka hati korang la :P

Blog Yang Mantop