Jana Duit Dengan:

Haa.. Bahasa apa ni??

Isnin, 17 September 2012

Gambar Ihsan dari Google

Tiga tahun lalu:


“!@$^%%^&Y)(*&^$#@#$%&”, bebelan si Asistant Manager itu dalam bahasa Mandarin kepada Mr. Ng, sambil memandang aku dan rakan aku. Mungkin terlampau yakin aku tidak memahami kata-katanya, maka setiap ucapannya dalam Mandarin.

Selepas A.M itu berlalu pergi, Mr.Ng terus tersengih dan datang ke tempat kami sambil tergelak sakan. Perkataan pertama yang terkeluar  “You, fahamkan?”, aku mengangguk dan tersengih seperti kerang busuk.

Setahun lepas:

You ada stepler?”, tanya Mr. Kenny kepada aku. Secara spontan aku menjawab “meiyou!”. 

“Ha??” Tersembul ayat itu dari Mr.Kenny sambil buat muka terkejut.

“Saya tak ada la Kenny”, jawab aku semula.

“Ooo you tahu cakap cina kan?” tanya Kenny. “Mana ada! Semua orang tahu la meiyou tu apa, apa la you ni”, kata aku.

……………………………………………..

Entah siapa yang bocorkan rahsia yang aku pernah mengambil bahasa Mandarin semasa di Universiti dulu. Tapi rentetan dari peristiwa itulah, hubungan aku dan rakan sepejabat berbangsa cina menjadi rapat sehingga jika aku pulang lewat pasti ada rakan cina aku yang sanggup menunggu untuk tumpangkan ke stesen LRT.

Dari situ, baru aku tahu. Begitu besarnya peranan bahasa dalam hubungan antara manusia. Betullah kata pepatah “Bahasa itu jiwa bangsa”. Walaupun, hakikatnya aku tidak fasih dan hanya tahu beberapa patah perkataan dalam bahasa Mandarin tetapi rasa hormat mereka terhadap aku berlainan sedikit. Dan yang lebih ketara, mereka tidak akan mengumpat dalam Mandarin bila ternampak aku..:P

……………………………………………………………

Times Squre. Convention Centre. Fortune Park. Palmville Resort Condominium. Metropolitan Square. Palm Spring. Casa Tropicana. Bunyinya seperti berada di Kota London tapi itulah sebahagian nama-nama bangunan atau tempat yang terkemuka di Kuala Lumpur.

Pelik. Bagi aku sungguh pelik. Kenapa bangunan-bangunan atau tempat-tempat sebegini diletakkan dengan nama yang tidak melambangkan Malaysia? Mengapa mesti menggunakan bahasa penjajah? Bukankah kita mahu membangun dengan acuan sendiri? Buruk atau teruk sangatkah bunyinya jika diletakan nama dalam Bahasa Malaysia?

Fenomena meletakkan nama yang seolah-olah melambangkan ‘international’ semakin menjadi-jadi. Jika dulu Proton lebih sukakan Saga, Wira, dan Perdana manakala Perodua mempertaruhkan Kancil sekarang bertukar menjadi Preve, Gen2, Myvi, dan Viva. Kemudahan pengangkutan awam bas dan keretapi di Kuala Lumpur pula dinamakan RapidKL.

Bukankah “Bahasa itu jiwa bangsa”? Tidakkah bangga jika si Jerman boleh berkata ‘Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur’? 

11 comments:

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

takkan melayu hilang di dunia.. tapi melayu saja la. bahasa melayu dah nak pupus..:P

Hang Tuah berkata... Reply To This Comment

kampung baru akan di tukar dengan KL New Village.. coming soon..

AFNI berkata... Reply To This Comment

betul2.. ^ __ ^

YuNO.nYc2X berkata... Reply To This Comment

Biasa la, apabila semuanya ingin ber'english'. Mall, Parade, Land, Lagoon, semuanya english..alasan mereka supaya memudahkan pelancong asing pergi ke tempat2 tersebut -.-'

Unknown berkata... Reply To This Comment

Dunia sekarang camtu la, tak ber'english' maka tak popular la

Unknown berkata... Reply To This Comment

Ala..biasa la.nama khatijah pn leh jd khaty..apa sgt la nama bangunan2 tu.Nnt malaysia jd malay sia2 la..huhu

AFNI berkata... Reply To This Comment

oh Malaysiaku.. selamat hari Malaysia!!

Unknown berkata... Reply To This Comment

a'ah x penah terpikir plak pas ni nak blaja cakap tamil la pulak hihi ^^

MalizaMah berkata... Reply To This Comment

adoi... 1 malaysia betul2 ni... haaaaaaaaa

Isabe; Diaz berkata... Reply To This Comment

Bestnye dpt fhm dye owg ckp pe

lulu berkata... Reply To This Comment

alasan sama..bahasa omputih lebih glemer..ceh.. :P

Catat Ulasan

Komen apa sahaja, suka hati korang la :P

Blog Yang Mantop