Jana Duit Dengan:

Shopping Sakan Dengan Harga Murah Giler!!

Isnin, 23 September 2013

Lama sangat tak update blog ni, ramai pulak yang bagi emel minta info tentang Bekerja Dari Rumah? Betul ke Bohong?, Afni suka sangat!! Yahoo!! Sebab anda semua rajin jenguk blog yang entah apa-apa ni. Kepada yang bagi emel nanti Afni emelkan ok? Maaf kalau lambat. Line internet nazak sekarang. 

Hari ni Afni jatuh cintan!! Hahaha.. Gedik lak. Jatuh cintan kat website Hulala.com.my - now everyone can afford [KLIK SINI]. Sebab tengok ada beg yang cute miut sangat. Afni terus sign up as member. Korang yang tengah baca entry ni, p la sign up sekali guna akaun FB aje. Boleh shopping sakan dengan diskaun yang hebat. Berbaloi-baloi la. 

3 different sizes of bag is suitable for various occasions only RM59 aje
Afni minat sangat kat beg ni, cute giler kan?
Bag MNG ni lak just RM69 instead of RM199

Okay.. See you soon.. Afni nak p usha beg kiut dulu..

Bekerja Dari Rumah? Betul ke Bohong? [Part 2]

Selasa, 25 Jun 2013


Afni terima banyak komen tentang 'Bekerja Dari Rumah? Betul ke Bohong?', bagi mereka yang betul-betul nak tambah income dan memang boleh fokus untuk buat kerja dari rumah ni, Afni cadangkan korang join Jobdirumah [Klik Sini]. Mana la tahu kan, boleh cari duit poket untuk raya ni. Gerenti tak menyesal pun kalau join.

Jobdirumah [Klik Sini] memang menyediakan program latihan dan panduan bekerja di rumah dari A sampai Z. Sesiapa yang join program ni, In sya Allah kalau betul-betul fokus untuk bekerja dari rumah memang boleh buat duit tambah-tambah lagi bayaran dalam USD. Kalau tak percaya dengan Afni, boleh jenguk blog Ohcikgu.com. Afni tak bohong tau. :)

Kat sini Afni update sikit agency yang bagi free sign up untuk turning your minutes into money at home yang boleh dipercayai. KLIK pada perkataan MERAH kat bawah dan hanya perlu sign up/register.

1. Elane - Data Entry, Blog Article, Editing (Untuk 2-4 minggu/bulan kerja)
2. oDesk - Data Entry, Blog Article, Editing (Untuk 2-4 minggu/bulan kerja)
3. Clickworker Poll pictures, Like FB, Share g+, Komen Youtube, Komen Blog (kerja tak sampai 2-3 minit)
4. GlobalTestMarket - Survey
5. Toluna - Survey


Amerika Memang Bapak Segala Penjahat!!

Rabu, 15 Mei 2013


Aku baru habis baca buku “DEADLY MIST” yang tulis oleh Jerry D. Gray. Kesimpulan yang aku dapat buat “Amerika Memang Bapak Segala Penjahat!!”. Kenapa??

Bagi yang belum baca lagi buku ni, meh aku story sikit. Jerry D. Gray ni adalah rakyat Amerika dan juga bekas Tentera Udara Amerika (USAF). Beliau telah memeluk agama islam dan sekarang aktif bergerak di seluruh Indonesia untuk menyampai ceramah mengenai tipu daya dan agenda Amerika dan Yahudi.

Aku rasa semua orang tahu tentang Amerika dan Yahudi memang jahat giler tapi oleh sebab Amerika tu negara maju dan hebat pada pandangan kita, membuatkan kita lupa yang mereka ni memang bapak segala penjahat.

  • Sebelum Amerika Syarikat menjadi negera, mereka telah menghapuskan orang-orang Red Indian melalui penyebaran penyakit cacar dengan pengedaran selimut dan sapu tangan yang dijangkiti kuman cacar. 
  • CIA melepaskan jutaan nyamuk pembawa penyakit pada penduduk Cuba. Mereka menyebarkan penyakit demam berdarah yang membunuh 188 orang dibawah projek "MKULTRA".
  • Membunuh lebih satu juta penduduk awam di Iraq dan Afganistan pada akhir tahun 2007.
  • Chemtrails iaitu jalur-jalur atau jejak wap yang biasa dilihat pada pesawat jet mengandungi garam barium, serat polimer dan bahan kimia yang merbahaya yang boleh menyebabkan pendarahan hidung dan paru-paru, asma dan alahan, pneumonia, kematian akibat fungus hitam dan sebagainya. 
Chamtrails nampak cantik diudara, tapi sebenarnya merbahaya

Kat sini aku hanya highlightkan beberapa perkara yang memang dekat pada kita tapi kita tak sedar yang ia merbahaya pada kita.

1. Aspartame (Pemanis tiruan)


Patty Crane ditemui maut dikelilingi dengan tin-tin Pepsi. Ibu beliau, Betty Hayland memdedahkan perihal kematian Nutra Patty Crane di tv. Beliau datang berjumpa Dr. Bowen bagi mempelajari asas-asas tahap bahaya biokimia. Betty bertanya kepada Dr. Bowen “Mengapakah bahan kimia yang berbahaya dijual di pasaran?” Dr. Bowen menjawab “Ini adalah jenayah terancang dalam kerajaan kita.” Betty berkata “Ya. Saya juga berasa begitu. Memang ada jenayah terancang dalam kerajaan Amerika. Betapa gilanya!”. Beberapa hari selepas itu, Betty diculik tetapi beliau berjaya melepaskan diri. Dua hari selepas penculikan  Betty mati ditembak dengan dua kesan tembakan.

Jika Allah

Sabtu, 26 Januari 2013

I asked Allah for strength and Allah gave me difficulties to make me strong.
I asked Allah for wisdom and Allah gave me problems to solve.
I asked Allah for courage and Allah gave me obstacles to overcome.
I asked Allah for love and Allah gave me troubled people to help.
I asked Allah for favors and Allah gave me opportunities.
Maybe I received nothing I wanted, but I received everything I needed Alhamdulillah

"Ikhlaskan hati. Kuatkan hati. Allah Allah Allah. Hati ini milik-Mu, jagakan ia sebaiknya kerana jika aku yang menjaganya, kerap aku campakkan ia di tempat yang tak sepatutnya"

Bekerja Dari Rumah? Betul ke Bohong?

Rabu, 16 Januari 2013

Afni tengok berlambak-lambak iklan ‘Job at Home’  kat website. Once, bila dah kelip-kelip banner diorang tu, Afni pun gatal tangan la nak klik. So, bila dah klik dan kodek sana-sini, verify email semua tu. Sekali nak daftar kena bayar kot. Afni tak berapa ada duit, so X ajelah website itu.

Jadi Afni guna sedikit sebanyak pengalaman sebagai Market Research dulu, buat research tentang bekerja dari rumah tanpa perlu bayar apa-apa untuk dapatkan kerja. Dan Afni jumpa banyak website dari luar negara yang menawarkan kerja dari rumah terus dari agency kerja tanpa perlu bayar apa-apa!!

Kerjanya pulak, alahai senang aje pun, data entry, blog commentar, Like FB, vote pictures, survey, shares Google+ dan banyak lagi. Bayaran pula ada yang dalam USD tu.

Dah banyak Afni sign up, dan ada yang dah dapat payment pun. Yahoo!! Walaupun tak banyak, ia permulaan yang bagus.

Jadi sesiapa yang berminat nak berkerja dari rumah, apa yang diperlukan of course la English kena power, kalau tak power boleh la Google translate, fast typing, internet connection (ini wajib ada la kan) dan akaun paypal.

Nak tahu agency apa yang bagi free sign up untuk turning your minutes into money at home? Kat bawah ni Afni senaraikan 3 agency yang boleh dipercayai (confim dapat payment) untuk melakukan kerja yang tak sampai 2-10 minit sahaja. KLIK pada perkataan merah kat bawah dan hanya perlu sign up.

1. MINUTE WORKER – Poll pictures, Like FB, Share g+, Komen Youtube, Komen Blog
2. MINIFREELANCE- Poll pictures, Like FB, Share g+, Komen Youtube, Visit Website (kalau register yang ni, ada email Afni as Referre, jangan delete ya :)
3. SURVEYHEAD – Survey
4. FREELANCER – Data Entry, Blog Article, Editing (Untuk 2-4 minggu/bulan kerja)

P/S: Kalau ada yang berminat untuk kerja dari rumah yang long term (2-4 minggu/bulan) yang lain, sila beritahu Afni. InsyaAllah nanti Afni senaraikan agency yang boleh dipercayai sebab Afni pun sign up diorang untuk buat freelance ni.

Update: Rujuk Bekerja Dari Rumah? Betul ke Bohong? Part 2 [Klik Sini]

Awas!! Nombor Boleh Membunuh

Sabtu, 12 Januari 2013


Jika anda merasakan anda sudah pandai mengira, jom layan keajaiban nombor yang mungkin anda tidak ketahui:
  • Nombor 2520 boleh dibahagi dengan 1, dan 2, dan 3, dan 4, 5, 6, 7, 8 dan 9, tanpa meninggalkan baki (tiada perpuluhan).
  • Nombor 37, tidak boleh dibahagi dengan nombor-nombor lain kecuali 1. Tetapi 111, 222, 333, 444, 555, 666, 777, 888, dan 999 boleh dibahagi dengan 37 tanpa meninggalkan baki.
  • Dibawah ini adalah cara untuk menghasilkan nombor 1 dengan menggunakan 10 nombor secara serentak, iaitu:
  • Bekas Republik Yugoslavia menggunakan 2 huruf rasmi iaitu Latin dan Cyrilic, 3 agama utama (Kristian Ortodok, Katolik, dan Islam), 4 budaya (Latin, Jerman, Slav, dan Timur), 5 bangsa (serb, Croat, Sloven, Macedonia dan Montenegrin), 6 republik (Serbia, Croatia, Slovenia, Macedonia, Montenegro, dan Bosnia-Herzegovina) serta 7 negara jiran (Itali, Austria, Hungary, Romania, Bulgaria, Creece dan Albania).

Memang seronok bermain dengan angka, tetapi awas, angka bukan sahaja boleh memeningkan anda, malah ia juga boleh membunuh seperti yang terjadi di  bekas Republik Yugoslavia.

Sumber: Mastika

Isu Kalimah Allah [Jangan Salah Faham]

Khamis, 10 Januari 2013


Malam tadi aku tertengok FB seorang sahabat aku post gambar diatas dan dengan yakinnya menulis "Ini yg "Anda" mahukan kan?". Memang itu FB dia, dan dia berhak untuk tulis apa yang dia mahu dan kenapa aku pulak sibuk-sibuk nak bagi ulasan tentang post kawan aku ni kan?

Aku tak kisahpun dia nak tulis apa, tapi yang aku kisah apa yang dia postkan tu SALAH!! Salah info tu bro. Lu main post aje sesuka hati lu. Sebelum post isu-isu panas macam ni, cari fact yang betul dulu dan fahami. Jangan membabi buta post.

Untuk makluman lu, isu sekarang adalah untuk menggantikan istilah God kepada Allah. Bukannya Jesus kepada Allah. Christianity percaya kepada God the Father (God), Son of God (Jesus) dan Holy Spirit (Roh suci).

Aku tak nak komen lebih-lebih isu ni sebab aku pun kurang ilmu, tapi baca ulasan dibawah:

"Kalimah Allah adalah kalimah bahasa Arab. Datangnya dari perkataan ‘Al-ilah’ yang diringkaskan menjadi ‘Allah’. Perkataan ‘ilah’ pula ertinya sesuatu yang disembah dan didewa-dewakan. 

Ia meliputi berhala ciptaan manusia seperti Latta dan Uzza sembahan masyarakat Jahiliyyah dan juga nafsu yang didewa-dewakan manusia sehingga dijadikan ‘ilah’ mereka" 
[Klik sini] 

Wallahuallam.

Doa Seorang Perempuan

Ahad, 6 Januari 2013

"Ikhlaskan hati. Kuatkan hati. Allah Allah Allah. Hati ini milik-Mu, jagakan ia sebaiknya kerana jika aku yang menjaganya, kerap aku campakkan ia di tempat yang tak sepatutnya".

Aku ingin
Kau bersamaku
Memimpin tanganku
Menuju Allah Yang Satu

Aku ingin
Kau disampingku
Bersamaku
Memperbaiki diri
Diatas kesilapan-kesilapan
Yang lalu

Aku
Perlukanmu
Menjadi imamku
Menggantikan walidku

Sungguh!!!
Aku tidak memerlukan
Apa yang
Tidak ada padamu
Cukuplah dirimu

Menemani aku
Bersama denganku
Membawa aku
Menyusuri liku-liku
Kehidupan
Dengan acuanmu sendiri
Berlandaskan syariat Ilahi

Doaku
Semoga kau dan aku
Bertemu
Di Jannah
Suatu saat nanti

Munafik

Khamis, 3 Januari 2013


Sabda Rasulullah SAW:  “Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Tiada Azam Baru Tapi...

Rabu, 2 Januari 2013


Aku tiada azam baru untuk tahun ini, aku hanya ingin B.E.R.U.B.A.H!!! Tapi....

Blog Yang Mantop