Jana Duit Dengan:

Diet Mudah dan Murah Dengan Air Sejuk

Sabtu, 8 September 2012


Bila terbaca .com Kesihatan Utusan Malaysia (11 Ogos 2012, Sabtu) dengan tajuk ‘Diet Dengan Air Sejuk’ rasa macam tidak logik pula. Bolehkah diet dengan hanya minum air sejuk? Kalau sesenang macam itu, rasanya tidak perlu orang ramai berebut-rebut beli produk untuk kurus kan?

Yang aku tahu minum air sejuk ini kan tidak elok untuk kesihatan,  itu pun ikut kata orang tua-tua la. Tapi sebenarnya minum air sejuk boleh membakar kalori dengan cepat. Yang tidak elok itu sebenarnya minum air sejuk yang berperasa ditambah dengan gula. Memang la tak elok.

Minum air sejuk adalah diet yang paling mudah dan senang dalam dunia ini serta menjimatkan wang. Menurut .com Kesihatan, ketika kita minum air sejuk, tubuh badan sebenarnya sedang membakar kalori kerana harus memanaskan air tersebut untuk menyamai suhu semasa badan. Jadi tujuan minum air sejuk ini adalah untuk proses pembakaran kalori. Dalam erti lain, air dapat mempercepatkan proses pembuangan lemak.

Disarankan, jika ingin mendapatkan berat badan ideal atau untuk penurunan berat badan, minumlah air sejuk dalam kuantiti yang banyak. Walaupun terpaksa berulang alik ke bilik air kerana buang air kecil dengan kerap, tetapi tanpa disedari ia boleh menjadikan senaman. Jadi semasa berulang alik ke bilik air, bolehlah berlari-lari anak.

Untuk hasil diet yang lebih berkesan dan cepat, air sejuk bolehlah dicampur bersama lemon kerana lemon mempunyai khasiat untuk melancarkan air kencing sehingga lebihan cairan dalam tubuh akan dikeluarkan dalam jumlah yang lebih besar.

Jadi kepada sesiapa yang sedang diet, cubalah amalkan diet bersama air sejuk. Jimat, mudah, murah dan senang kan?
  

0 comments:

Catat Ulasan

Komen apa sahaja, suka hati korang la :P

Blog Yang Mantop