Dia cantik. Memang cantik. Berhijab. Memakai baju kemeja polos paras pinggang. Berdiri sambil memegang pemegang tangan yang tergantung di dalam tren. Padangan matanya keluar tren mungkin memerhati permandangan pagi di Kuala Lumpur. Tanpa dia sedari banyak mata melirik ke arahnya, mungkin kerana dia cantik atau opss…
Seluar leggingnya!! Ya, seluar leggingnya. Si cantik manis hijabista ini
berdiri betul di depanku. Dan aku pula duduk di atas kerusi yang disediakan di
dalam tren ke Kelana Jaya. Aku
mengalih pandangan mataku dari melihat dia, bukan kerana aku iri hati pada
kecantikkan dia, tetapi terbit rasa simpati apabila memandangnya. Simpatiku
bukan kerana dia berdiri tapi..
Seluar leggingnya!! Ingin sahaja aku katakan pada si cantik hijabista ini,
“awak memang cantik, tapi sayang, pemakaian awak tidak secantik awak!”. Apa
yang aku lihat adalah seorang perempuan cantik yang memakai hijab, tetapi tidak
memakai seluar!
Maaf. Apabila seorang perempuan berhijab, memakai seluar legging yang ketat, memakai baju yang senteng, dan memegang pemegang tangan yang tergantung di dalam tren, sudah pasti baju yang senteng akan terangkat ke atas dan hasilnya?
Oppss.. Menampakkan segala bentuk dan ‘sesuatu’
yang tidak sepatutnya seseorang yang berhijab seperti si cantik manis ini
tonjolkan. Aku bukannya lelaki yang akan menganggap apa yang aku lihat itu ‘rezeki’
atau ‘cuci mata’. Aku seorang perempuan yang merasa begitu aib sekali dengan fashionista
yang dibawa oleh si hijabista yang cantik manis ini.
Semoga Allah menjauhi aku daripada
memakai pakaian sebegini dan semoga Allah memberi hidayah kepada si cantik
hijabista berlegging ini dan pada
diriku jua.
Yuna tiada kaitan dengan cerita ini, tapi ok apa pakai legging? Yuna pun pakai kan? :P.. 'No comment la!'. |
6 comments:
biasa la.. fesyen sekarang.. hot ok orang y pakai legging. hot dunia. hot lg akhirat.. :P
salu sgt disajikan dgn pemandangan sebigini..akhir zaman, :(
ikut la cara yuna kalu pakai legging for the top pakai la top yg labuh,,
yunk.. pakai la pape y suke. s long s selesa n mnutup aurat..
sorry cakap tapi salah comment nombor 3 ni , mane boleh pakai legging ! walaupun top labuhh . kan nampak bentuk kaki , serupa cam tak pakai je , berdosa ! saya sbg org Islam boleh tegur je , kalau org lain taknak dengar , tu dosa sendiri lahh ye bukanye org tak tegur :)
@Miss Ena betul2
Catat Ulasan
Komen apa sahaja, suka hati korang la :P