Kerana kerja, cinta terabai. Tetapi sesibuk Rasulullah s.a.w,
Baginda masih punyai masa dan tenaga untuk membina rumahtangga yang sangat
romatis. Jom, selami keromantisan Rasulullah s.a.w:
Wow!! Mandi Bersama, Seronok Bukan?
Aisyah r.ha berkata: “Aku mandi bersama Rasulullah daripada
satu bekas. Rasulullah mendahuluiku sehingga aku berkata: “Tinggalkan untuku,
tinggalkan untukku!” Waktu itu kedua-duanya dalam keadaan berjunub.” [Riwayat
Muslim]
Berdandan Bersama, Tentu Comelkan?
Aisyah bercerita: “Nabi s.a.w menjulurkan kepalanya padaku
ketika aku sedang haid, padahal ketika itu Baginda sedang beriktikaf. Baginda meletakkan
kepalanya di pangkuanku lalu kuusapi kepalanya dan kusikat rambutnya. [Riwayat Ahmad].
“Aku pernah mencalitkan minyak wangi kepada Rasulullah s.a.w
yang Baginda miliki, sampai aku dapati rambut dan janggutnya berkilau. [Riwayat
al-Bukhari]
Selimut Tidur Kesayangan Pun Ada, Anda Ada?
Rasulullah mencelup selimutnya dengan wars dan za’faran dan
Baginda menggilirkan selimut tersebut kepada para isterinya mengikut malam
giliran Baginda kepada mereka. [Riwayat al-Khatib]
Berkongsi Segalanya, Romantik Bukan?
Aisyah r.ha berkata: “Ketika aku haid, aku minum kemudian
cawannya aku berikan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda juga minum pada bahagian
aku meletakkan bibir tadi. Dan selepas aku mengigit sepotong daging, lalu
kuberikan kepada Rasulullah, Baginda tidak segan menggigitnya pada bahagian
yang tadinya aku gigit. [Riwayat al-Nasa’i].
Petikan asal: Solusi, Isu No 40
Petikan asal: Solusi, Isu No 40
2 comments:
tuu dia terbaik nie..kena ikut cara nabi kalau nak harmonikan rumah tangga..
betul tu.. jom beramal cara nabi kite..
Catat Ulasan
Komen apa sahaja, suka hati korang la :P