Jana Duit Dengan:

Raja Yang Pelik Atau Bingung?

Isnin, 10 September 2012

King George I (1714-1727) raja keturunan Jerman tetapi memerintah England menggantikan Ratu Anne. Namun yang pelik, raja ini tidak pandai menulis dan bertutur bahasa Inggeris malah tidak berusaha mempelajarinya.

King George I
Peter III dibunuh ketika berusia 34 tahun pada tahun 1760 oleh pengikut isterinya, Catherine. Setahun kemudian, raja ini dimahkotakan sebagai Czar Rusia dan upacara pertabalan dengan membuka kerandanya!

Peter III dan Catherine

Pemerintahan Czar Nicholas II di Rusia bermula dengan kekecohan apabila hadiah yang disediakan ketika upacara pertabalan tidak memcukupi menyebabkan ramai yang mati kerana berebutkan hadiah. Pemerintahannya berakhir dengan Czar dan keluarganya ditembak mati di hutan Yekatrinburg oleh Revolusi Bolshevik.

Czar Nicholas II

Anthem Man ditugaskan untuk memberitahu Raja Alfonso Sepanyol untuk berdiri semasa lagu kebangsaan dinyayikan kerana si raja adalah seorang yang pekak!

Raja Charles VII adalah raja Sweden pertama yang menggunakan gelaran Charles, kemudiaannya beliau dibunuh tanpa diketahui sebabnya.
Pertabalan Charles VII

Kerajaan Turki tersalah faham mengenai perkataan dinamo (digunakan untuk bekalan elektrik di Constantinople) dengan dinamit yang menyebabkan raja mereka membatalkan projek kuasa tersebut dan menyebabkan Constantinople menunggu lama untuk menerima bekalan elektrik.

Nasseruddin Shah pemerintah Iran (1848-1896) adalah raja bernafsu gila kerana ingin membeli isteri pembesar England dan bertanya kepada Putera Wales sama ada wanita-wanita yang berada disekelilingnya itu adalah isterinya.
Apabila Putera Wales berkata “tidak”
Shah Iran berkata, “Carikan saya yang lebih cantik. Mereka itu elok dipancung saja”.

2 comments:

Susan Lolo Bua berkata... Reply To This Comment

raja kena bnuh,,, takut pulak nak jadi Raja :) :)

.::: Princess MOMOY :::. berkata... Reply To This Comment

raja terakhir Nasseruddin tu kejam giler

Catat Ulasan

Komen apa sahaja, suka hati korang la :P

Blog Yang Mantop