Hari ini nak cerita tentang
‘facial cleanser’ atau pencuci muka sebab kalau dah namanya perempuan mesti
setiap hari cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari kan?
Lepas SPM sampailah habis degree,
produk pencuci muka aku mesti st.Ives iaitu Apricot Scrub dan Cleanser/Mask.
Tapi masalah tentang produk ini sukar nak cari sebab hanya jual di
farmasi-farmasi seperti Guardian dan Watsons dan yang paling tak suka selalu
saja tak ada stok terutama untuk cleanser/mask tu.
Sebab selalu tak dapat beli St.Ives cleanser/mask tu, aku pon mulalah cuba produk lain seperti Olay, Nutox ,Lactacyd dan entah apa lagi. Mungkin sebab selalu tukar produk, muka yang dulunya licin macam telur dikupas kulitnya (sampai semua orang nak cubit pipi..:P), lama-lama jerawat tumbuh makin banyak. Mulalah gabra bila jerawat makin banyak kan?
Lepas tengok iklan Garnier Pure 3 in 1 di televisyen (iklan tv
memang perngaruh paling besar), terus
beli dengan harga RM19.90 di Watsons. Rasanya sudah tiga bulan guna produk ini.
Alhamdulillah, produk ini macam sesuai dengan kulit muka aku. Oleh sebab produk
ini 3 in 1 (cleanser, mask and scrub), jadi aku berhenti guna St.ives Apricot Scrub.
Jimat duit sikit. Jerawat masih juga tumbuh masa PMS tapi tidak banyak macam
dulu. Bintik hitam atau putih pun kurang.
Disamping aku guna Garnier Pure 3 in 1, aku juga guna Garnier Pure
Active Multi Action Toner. Toner atau penyegar sangat penting selepas mencuci
muka kerana semasa mencuci muka pori akan terbuka, jadi penyegar digunakan
untuk mengecilkan pori dan menegangkan kulit (informasi ini aku dapat dari
akhbar BH kalau tak silap).
Semasa aku taip post ni, muka aku
sudah tak ada jerawat (tapi tak tahulah kalau jerawat tumbuh masa PMS), cuma
ada parut jerawat yang dulu saja. Jadi untuk hilangkan parut jerawat tu aku
guna Dermatix.
Untuk kedua-dua produk ini, “I
give it a 8/10”.
5 comments:
dermatix tu boleh hilangkan parut jerawat erk?
boleh dik.. tapi bukan pakai skali trus hlang. lamabt ckit..
dh pakai garnier 3 in 1 .but kulit muke sme cm dlu jee .
salam,, sya nak tanya,, boleh tak pakai garnier light(warna kuning) dengan garnier pure active pada masa yang sama?.. contohnye sya pkai pncuci muka pure active(warna biru) ,selepas itu saya pakai moisturizer light(warna kuning)...
skang de jual lagi x garnier pure 3 in 1 ni?
Catat Ulasan
Komen apa sahaja, suka hati korang la :P