Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak empat macam alasan
daripada empat jenis gologan manusia iaitu:
1. Orang kaya
Mereka berkata, “Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik
peluh sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal
ibadat dan kebajikan”
Allah berfirman, “Kekayaanmu tidaklah setanding dengan
kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa daripada
mengingati Aku”.
2. Hamba sahaya
Mereka berkata, “Aku adalah seorang hamba dan sentiasa
terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku
tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu”.
Allah berfirman, “Utusan-Ku yang bernama Nabi Yusof juga
pernah menjadi hamba tetapi tidak pula dia leka daripada mengerjakan ibadatnya
terhadapKu”.
3.Orang Miskin
Mereka berkata,”Kemiskinan dan kekurangan yang menyebabkan
kami tidak berpeluang beribadat kepadaMu”.
Allah berfirman,”Kemiskinan yang kamu rasai tidaklah
semiskin Nabi Isa a.s dan dia tidaklah mengabaikan tanggungjawab kepadaKu”.
4. Orang menderita sakit
Mereka berkata, “Penyakit inilah yang menghalang aku
daripada sujud terhadapMu”.
Allah berfirman,”Penyakitmu tidaklah seteruk apa yang
dialami oleh Nabi Ayub a.s, tetapi lidah dan hatinya sedikitpun tidak berhenti
daripada menyebut namaKu”.
6 comments:
MasyaAllah..apa lagi alsn kita utk mnidkkn tggjwb kita? Nauzubillahminzalik..nabi2 lebih parah diuji nmun sedikt pun x leka dlm mengingtiNya..Allahu Akbar!.
Allahu Akbar!!
tak ade satu alasan pon yang boleh kite buat utk takk menunaikan prntah allah .
bila nafsu menguasai iman macam macam boleh terjadi .
Tidak ada alasan untuk tidak bersujud kepada sang pencipta tunggal, ALLAH SWT dan sungguh Para Nabi dan Rasul adalah surti tauladan yang terbaik bagi hambaNya.
Alhamdulillah kite masih sihat dan berupaya untuk melakukan ibadah..jgn sesekali mengeluh itu pasti..islam itu indah kan....
Thanks sharing
Catat Ulasan
Komen apa sahaja, suka hati korang la :P