Jana Duit Dengan:

16 Fakta Mungkin Kita Tidak Tahu

Ahad, 9 September 2012


Tasik Nicaragua
  1. Saiz standard bola sepak secara kasarnya sama dengan saiz kepala manusia. Ia diilhamkan dari kepala seorang penyamun di Britain yang dipenggal dan kemudian disepak beramai-ramai.
  2. Salah sebuah buku teks perubatan pada zaman Ratu Elizaberth I (1533-1603), England, mengesorkan ubat yang sangat pelik, iaitu serbuk tengkorak manusia yang dilarutkan dalam wain merah.
  3. Tasik Nicaragua (Amerika Tengah) adalah satu-satunya tasik air tawar yang mempunyai hidupan laut di dalamya.
  4. Seekor gajah memerlukan kira-kira 230 kilogram makanan setiap hari.
  5. Padang pasir Namib di Namibia adalah padang pasir yang tertua dan terkering di dunia.
  6. Kita menyedut 7.5 liter udara seminit untuk bernafas.
  7. Pengguna emas paling ramai di dunia adalah di India iaitu 25 peratus daripada keseluruhan pengeluaran emas dunia.
  8. Boomerang tidak akan kembali kepada pembalingnya selepas mengenai sesuatu.
  9. Dianggarkan manusia menuturkan 30 000 patah perkataan sehari bersamaan 3.4 jam jika bertutur tanpa henti.
  10. Maharaja Rome Charles V menutur dalam empat bahasa:
    Rome Charles V
    • Bahasa Sepanyol dengan tuhan
    • Bahasa Perancis dengan lelaki
    • Bahasa Itali dengan wanita
    • Bahasa Jerman dengan kuda
  11. Gelaran ‘The Black Prince’ (raja hitam) untuk Putera Wales Edward (1330-1376) hanya muncul selepas 200 tahun kematiannya walaupun hakikatnya beliau berkulit putih. Pelik kan?
  12. Sum-sum tulang manusia dewasa mengeluarkan 10 000 000 sel darah merah sesaat.
  13. Aktress Perancis, Sarah Bernhardt melakonkan watak Juliet berumur 17 tahun walaupun sebenarnya beliau berusia 70 tahun ketika itu.
  14. 2000 tahun lalu asbestos digunakan untuk mengawet mayat tetapi sekarang asbestos digunakan sebagai bumbung rumah.
  15. Nike, jenama barangan sukan sebenarnya adalah nama dewi kemenangan dalam metologi masyarakat Greek.
  16. Sarah Bernhardt
  17. Setelah sasterawan Inggeris, D.H Lawrence mati pada tahun 1930, teman wanitanya, Frieda mencampurkan abu mayat Lawrence dengan simen dan menyapukannya pada dinding pendiang api di rumahnya.
D.H Lawrence
 Rujukan:
  • Mastika
  • Google

3 comments:

Dc berkata... Reply To This Comment

menarik beritanya,banyak yg saya tidak tahu

samurai berkata... Reply To This Comment

awak taknak follow saya ke saya dah follow awak

AFNI berkata... Reply To This Comment

@samurai done! follow mollow kamoo..

Catat Ulasan

Komen apa sahaja, suka hati korang la :P

Blog Yang Mantop