Jana Duit Dengan:

SYRIA CARE: BERLATIH MENEMBAK MENGGUNAKAN JASAD MUJAHIDEEN

Ahad, 30 Disember 2012

Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria

SYIAH KUFFAR SEDANG BERLATIH MENEMBAK MENGGUNAKAN JASAD MUJAHIDEEN MUSLIM SUNNI YANG MEREKA TANGKAP !! 
MEREKA MASIH BELUM MATI!!! 
SHARE KEPADA DUNIA ... INILAH GAMBARAN SEBENAR AGAMA INI (SYIAH) YANG MEMUSUHI ISLAM !!

365
Ini bukanlah jumlah hari dalam setahun.
Ini adalah jumlah Muslimin yang dibunuh Syiah hanya pada hari ini.

......................?

Khamis, 27 Disember 2012

Pasrah, diam, ikhlas dan....

Photo: DIAM :)

Kehebatan Facebook Aku

Rabu, 26 Disember 2012

Setahun dua lepas, aku memang hantu FB. Kalau tak buka FB sehari macam hidup tak sempurna hari tu. Kalau dah buka FB sanggup pula bersengkang mata sampai 3,4 pagi. Gila betul. Bukannya buat apapun, just main Farmville dan ninja. Lepas tu, chat dan komen post kawan-kawan. Bukannya kawan-kawan jauh pun, roommates aje yang duduk sebelah aku.

Lama-lama FB, bukannya saja tempat main game dan chat. Tetapi tempat luahkan perasaan. Kalau lapar tulis kat wall, kalau sedih tulis kat wall juga. Tak puas hati dengan lecturer, bos atau dengan kawan-kawan memang FB juga la tempatnya. Sampai ada bergaduhan kecil dengan kawan disebabkan FB. Kadang-kadang apa yang kita tulis, boleh memberi beribu makna kepada orang lain walaupun hakikatnya apa yang ditulis itu tidak ditujukan untuk seseorang.

FB boleh jadi sebagai medan peperangan yang paling mudah dan hebat. Tempat untuk mengumpat, mengata, menghasut, merendahkan orang lain dan entah apa-apa lagi. Hebat sungguh bahana FB.

Syria Care: Terlalu Pedih Untuk Ditonton

Amaran: Ianya terlalu pedih untuk ditonton.

-Sekarang ini musim sejuk di Syria, tiada pakaian, tiada dinding (tempat perlindungan), tiada elektrik.
-Syiah telah memotong semua bekalan roti (makanan) dan elektrik ke perkampungan Sunni. Masyarakat Sunni Syria terpaksa beratur panjang hanya untuk mendapatkan beberapa keping roti.
-Syiah mengebom barisan panjang di kedai roti dengan menggunakan jet pejuang MIG-29 menyebabkan lebih 300 orang Sunni terkorban dalam masa kurang dari 1 saat.

Sementara itu, duta Syria yang baru yakni Mohammad Khafif (seorang Syiah Alawiah) dan pembantunya Sulaf Ibrahim (Syiah Nusairiah) sedang tidur dengan aman di tanah kita sendiri! di Kuala Lumpur!!!!

Andai Tidak Dihargai

Ahad, 23 Disember 2012

Memang menyakitkan apabila segala yang kita lakukan tidak dihargai. Sedih. Kecewa. Sakit. Hanya Allah sahaja yang lebih mengerti perasaan itu. Disaat kita memerlukan seseorang, namun tiada siapapun disisi. Segalanya ditanggung sendiri. Terpaksa menanggung kesukaran demi menguatkan hati sendiri.

Bila mengharapkan manusia menghargai apa yang kita lakukan padanya. Sebenarnya kita meletakan harapan palsu yang membawa diri kita kehancuran. Ya. Mungkin segalanya telah kita korbankan. Memberi apa sahaja yang mampu demi orang lain tapi akhirnya kita ditinggalkan keseorangan.

Mengapa perlu meletakan harapan untuk dihargai, untuk perlu dibalas setiap pengorbanan yang kita dilakukan demi orang lain?

Apa Guna Kejayaan

Sabtu, 15 Disember 2012

"Apa guna kejayaan dan kekayaan jika tak ada Allah di sisi kita. Pada masa yg sama kejayaan kita akan lebih bermakna dan di berkati jika Dia bersama di sisi. Aku bukan orang alim, aku tak boleh nak quote ayat ayat quran untuk mengajar tetapi sekarang keredhaan dan keimanan yg aku cari dan akan terus aku perolehi". -Afdlin Shauki-

Hanya Untukku

Rabu, 28 November 2012

Ya Allah
Hari ini
Saat ini
Dan hati ini
Terasa begitu pedih sekali
Tangisan bukan lagi teman
Dan jantung berdegup kencang

Jika semalam
Dosaku sebesar gunung
Seluas lautan, seluas alam
Atau sebesar zarah
Tiada apa yang kupinta
Kau ampuni diriku

Ya Rabbi
Bodohkah aku?
Gilakah aku?
Zalimkah aku pada diriku?
Kejamkah aku pada insan lain?
Penderhakakah aku pada orang tuaku?
Sungguh aku tidak tahu

Ya Allah
Jika segala jawapannya ya
Kau ampunilah aku
Sesungguhnya akulah manusia yang kerugian
Rugi segala-galanya

Dan jika esok
Nafasku masih dijasadku
Jadikan aku manusia yang kuat
Kuat imannya padaMu
Kuat menempuhi hidup ini
Dan kekuatan itu adalah milikku

Hajat Seorang Hamba

Isnin, 26 November 2012

Ya Allah
Sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku
Melihat tempat tinggalku
Mengetahui lahir dan batinku
Dan
Tiada satu urusan pun dari urusanku tersembunyi
olehMu

Dan aku
Adalah hamba yang sengsara dan
Amat memerlukan
Hamba yang meminta pertolongan dan
Mohon bantuan
Hamba yang penakut
Yang minta dikasihani
Yang mengakui dan menyatakan
Semua DOSA-DOSANYA kepadaMu

Ya Allah
Aku mohon kepadaMu
Seperti doanya orang berdosa yang amat hina
Aku mohon kepadaMu
Seperti orang penakut lagi buta

Juga
Seperti berdoanya orang yang menundukkan jiwanya
Merendahkan raganya
Dan wajahnya serta hidungnya kepadaMu

Kesilapanku

"JANGAN menyalahkan orang lain! Kadang-kadang kesilapan berpunca dari KEBODOHAN diri sendiri".

Alasan Bodoh Bila Harga Barang Naik

Rabu, 10 Oktober 2012

Semua orang dah sedia maklum sehari selepas Bajet 2013, harga gula naik RM0.20. Ala RM0.20 aje pon, bukanlah banyak manapun kan? Baru RM0.20 ramai dah kecoh. Ala, 20sen tu kalau bagi kat budak-budak sekarang tak naknya diorang. Tak pandang langsung kot. Kerajaan naikkan harga gula tu sebab ramai sangat rakyat Malaysia menghidap diabetis. So, kalau harga naik ramai la nanti tak ada diabetis. Semua rakyat Malaysia bebas dari diabetis. Think positive la sikit.


Tapi logik ke dengan menaikkan harga RM0.20 dapat mengurangkan pesakit diabetis sebanyak 2.6juta? Gula itu barang keperluan asas, ia diperlukan oleh semua orang termasuk yang ada diabetis atau tidak. Harga gula naik walau sampai langit pun orang akan tetap beli kot. Rokok walaupun mahal, orang tetap beli sebab bagi perokok ia keperluan untuk mereka. Inikan gula, yang dah sedia maklum diperlukan oleh semua. 

Bagi aku, adalah alasan BODOH apabila menyatakan harga gula dinaikkan selepas mengambil kira jumlah pesakit diabetis sebanyak 2.6juta. Dengan kata lain, harga gula naik sebab ramai pesakit diabetis. Sound fishy betul la. Jangan terkejut jika selepas ini akan keluar kenyataan:
  • Harga beras naik kerana ramai yang obesiti
  • Harga petrol naik kerana ramai yang merempit
  • Harga kambing dan garam naik kerana ramai pesakit darah tinggi
  • Harga minyak naik sebab orang minyak dah pupus
  • Harga diri????

From Zero To Hero..

Selasa, 9 Oktober 2012

Rasanya lama sangat tak update blog, jadi hari ini sekadar nak kongsi short film yang paling Afni suka sangat walaupun dah tengok beriban kali dari tahun lepas. Memang touching giler, jadi Afni upload kat sini takut-takut nanti lappy Afni rosak, boleh tengok kat sini saja...

Luxury Bikini Fashion Show

Rabu, 19 September 2012


Tak sangka ye, dalam tengah sibuk membantah "Innocence Of Muslims" rupa-rupanya Malaysia akan mengadakan LUXURY BIKINI FASHION SHOW 2012 pada 6hb Oktober ini, di Grand Millenium Kuala Lumpur. So, sesiapa yang berminat silalah buat tempahan.

Terserahlah samada tempahan untuk menikmati show ini, atau tempahan untuk membantah fashion show atau tempahan ke neraka. Pilihlah yang mana berkenan ye..

Cerita Kedai Kopi

"Tak tahulah kenapa, pergi mana-mana biarpun jauh mesti kena balik juga sebab teringat nak makan kat kedai Mek Imah tu, entah apa benda dia letak", sembang Pak Cik Qari.
Gambar dari Google

"Kalau dulu, macam Kedai Kopi Eput, dia letak spende dalam tempat masak air tu, tapi yang minum kat situ semuanya Melayu, ", balas Pak Cik Din.

"Biasalah itu, nak lariskan perniagaan", kata Mak aku.

......Sambil aku dengar orang-orang tua borak, terfikir juga, masih ada lagi ke peniaga-peniaga yang buat perkara karut ni?

Haa.. Bahasa apa ni??

Isnin, 17 September 2012

Gambar Ihsan dari Google

Tiga tahun lalu:


“!@$^%%^&Y)(*&^$#@#$%&”, bebelan si Asistant Manager itu dalam bahasa Mandarin kepada Mr. Ng, sambil memandang aku dan rakan aku. Mungkin terlampau yakin aku tidak memahami kata-katanya, maka setiap ucapannya dalam Mandarin.

Selepas A.M itu berlalu pergi, Mr.Ng terus tersengih dan datang ke tempat kami sambil tergelak sakan. Perkataan pertama yang terkeluar  “You, fahamkan?”, aku mengangguk dan tersengih seperti kerang busuk.

I'm #1..

Ahad, 16 September 2012

Afni nak cerita mengenai Blog baru yang baru Afni follow, Laman Chekgu Anitt. Afni pengikut #1 Blog ini. Bangga giler ni. Jadi Afni nak jemput ramai-ramai yang terbaca posting Afni ni, jom ramai-ramai support Laman Chekgu Anitt

Cikgu pendidik anak bangsa kan? Jadi, jom kita support Chekgu Anitt. Mungkin banyak cerita yang Chekgu Anitt nak berkongsi bersama.

Blog Laman Chekgu Anitt

Aku Sayang Kau, Sahabat

Jumaat, 14 September 2012

Klik SINI untuk menjadi SAHABAT

Kalau tanya Afni tentang sahabat. Sumpah! Afni tak tahu sangat! Kalau kawan dalam facebook memang ramai dan terlalu ramai. Kata orang, kawan seribu itu terlalu sedikit, tapi seorang musuh terlalu ramai.

Bagi Afni kawan itu silih berganti, seiring dengan usia, keadaan dan situasi. Di zaman sekolah rendah kita berkawan dengan si A, bila masuk sekolah menengah berkawan dengan pula dengan si B, masuk universiti berkawan dengan si C dan bila bekerja berkawan dengan si D. Kadang-kadang kita lupa dengan siapa kita berkawan. Kita hanya mengingati kawan bila adanya reunion.

Sahabat?? Bagi Afni, seseorang yang sentiasa dihati walaupun jauh disisi. Sentiasa ada di saat diperlukan. Sentiasa menemani walaupun usia, keadaan dan situasi kehidupan silih berganti.

Dirogol Atas Motosikal?

Tadi terbaca Harian Metro, sebenar aku bukannya suka sangat baca Metro tapi sebab paper free, jadi baca saja. Isu rogol memang tak pernah tak ada dalam surat khabar, sampai kadang-kadang sudah malas nak baca.

Aku tertarik mengenai berita ini, sebab ia melibatkan gadis bawah umur 13 tahun yang mempunyai dua orang abang angkat berusia 16 tahun dan yang bertambah aku pelik bin ajaib, inilah kali pertama aku terbaca kes rogol di atas motosikal. Tak tercapai dek akal aku ini, untuk memikirkan betul ke manusia boleh di rogol di atas motosikal? 

Hilangkan ‘Boring’ Jap [3]

Khamis, 13 September 2012

Dua orang murid yang sedang melawat muzium terpandang sebuah mumia yang dibawa khas dari Mesir ke Malaysia.
Pada kaki mumia itu tercatat nombor 225 BC..

Murid 1: 225 BC itu apa maksudnya?

Murid 2: Entah! Aku agaklah kan.. 225 BC tu nombor plat kereta yang melanggarnya sampai mati!

Murid 1: Ooooo!!!

Jom Berfikir Seketika

Rabu, 12 September 2012

“Wahai Ahmad Bakri bin Siti Zainab”…

Bahawasanya mati itu benar, masuk ke dalam liang kubur itu benar. Soalan Munkar dan Nakir itu benar, dibangkitkan manusia untuk diperiksa amalannya itu benar, melalui titi siratulmustakim itu benar…..”

Pernahkah kita mendengar ayat-ayat tersebut? Dan pernahkah kita terfikir mengapa apabila kita meninggal dunia kita perlu berbin atau berbintikan ibu masing-masing? Pelik bukan?

Si Hijabista Yang Opps..

Dia cantik. Memang cantik. Berhijab. Memakai baju kemeja polos paras pinggang. Berdiri sambil memegang pemegang tangan yang tergantung di dalam tren. Padangan matanya keluar tren mungkin memerhati permandangan pagi di Kuala Lumpur. Tanpa dia sedari banyak mata melirik ke arahnya, mungkin kerana dia cantik atau opss…

Seluar leggingnya!! Ya, seluar leggingnya. Si cantik manis hijabista ini berdiri betul di depanku. Dan aku pula duduk di atas kerusi yang disediakan di dalam tren ke Kelana Jaya. Aku mengalih pandangan mataku dari melihat dia, bukan kerana aku iri hati pada kecantikkan dia, tetapi terbit rasa simpati apabila memandangnya. Simpatiku bukan kerana dia berdiri tapi..

Seluar leggingnya!! Ingin sahaja aku katakan pada si cantik hijabista ini, “awak memang cantik, tapi sayang, pemakaian awak tidak secantik awak!”. Apa yang aku lihat adalah seorang perempuan cantik yang memakai hijab, tetapi tidak memakai seluar!

Maaf. Apabila seorang perempuan berhijab, memakai seluar legging  yang ketat, memakai baju yang senteng, dan memegang pemegang tangan yang tergantung di dalam tren, sudah pasti baju yang senteng akan terangkat ke atas dan hasilnya?

Oppss.. Menampakkan segala bentuk dan ‘sesuatu’ yang tidak sepatutnya seseorang yang berhijab seperti si cantik manis ini tonjolkan. Aku bukannya lelaki yang akan menganggap apa yang aku lihat itu ‘rezeki’ atau ‘cuci mata’. Aku seorang perempuan yang merasa begitu aib sekali dengan fashionista yang dibawa oleh si hijabista yang cantik manis ini.

Semoga Allah menjauhi aku daripada memakai pakaian sebegini dan semoga Allah memberi hidayah kepada si cantik hijabista berlegging ini dan pada diriku jua.

Yuna tiada kaitan dengan cerita ini, tapi ok apa pakai legging? Yuna pun pakai kan? :P.. 'No comment la!'.

Hilangkan ‘Boring’ Jap [2]

Selasa, 11 September 2012

Shuib: Aku tabik spring dengan kau. Tiap kali berlumba, mesti kau yang menang. Hebat giler. Apa rahsia kau?

Jepp: Susah.. Memang susah.. bukan semua orang boleh buat. Hanya orang terpilih saja boleh buat.

Shuib: Apa dia? Kongsilah

Jepp: Jangan bagi tahu orang. Bahaya. Sebenarnya setiap kali aku lari, aku bayangkan aku dikejar isteri pertama aku!

Hilangkan ‘Boring’ Jap

Ali sedang menggali lubang menggunakan cangkul di belakang rumah. Jirannya, Pak Abu bertanya: “Nak tanam apa tu, Ali?”

Ali: “Ikan flower horn yang saya baru beli tadi dah mati”.

“Besar sangat lubang yang kau gali tu Ali, ikan tu kan kecil saja”, jawab Pak Abu.

“Yalahhh.. sebab ikan saya tu ada dalam perut kucing pak cik”.

Pak Abu:???

Seromantis Rasulullah? Mengapa tidak?

Isnin, 10 September 2012

Menurut Majalah Fortune, 90 peratus CEO (Chief Executive Officer) yang terkemuka di dunia mengalami krisis rumahtangga yang mungkin disebabkan kesibukan kerja.

Kerana kerja, cinta terabai. Tetapi sesibuk Rasulullah s.a.w, Baginda masih punyai masa dan tenaga untuk membina rumahtangga yang sangat romatis. Jom, selami keromantisan Rasulullah s.a.w:

Wow!! Mandi Bersama, Seronok Bukan?  

Aisyah r.ha berkata: “Aku mandi bersama Rasulullah daripada satu bekas. Rasulullah mendahuluiku sehingga aku berkata: “Tinggalkan untuku, tinggalkan untukku!” Waktu itu kedua-duanya dalam keadaan berjunub.” [Riwayat Muslim]

Jom Berhias Mengikut Sunnah



Sepuluh sunnah fitrah berhias menurut Aishah r.ha:

1. Menggunting misai
2. Memelihara dan merapikan janggut
3. Bersiwak

Raja Yang Pelik Atau Bingung?

King George I (1714-1727) raja keturunan Jerman tetapi memerintah England menggantikan Ratu Anne. Namun yang pelik, raja ini tidak pandai menulis dan bertutur bahasa Inggeris malah tidak berusaha mempelajarinya.

King George I

4 Alasan Yang Dibenci Allah

Ahad, 9 September 2012

Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak empat macam alasan daripada empat jenis gologan manusia iaitu:


1. Orang kaya

Mereka berkata, “Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan”

Allah berfirman, “Kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa daripada mengingati Aku”.

16 Fakta Mungkin Kita Tidak Tahu


Tasik Nicaragua
  1. Saiz standard bola sepak secara kasarnya sama dengan saiz kepala manusia. Ia diilhamkan dari kepala seorang penyamun di Britain yang dipenggal dan kemudian disepak beramai-ramai.
  2. Salah sebuah buku teks perubatan pada zaman Ratu Elizaberth I (1533-1603), England, mengesorkan ubat yang sangat pelik, iaitu serbuk tengkorak manusia yang dilarutkan dalam wain merah.
  3. Tasik Nicaragua (Amerika Tengah) adalah satu-satunya tasik air tawar yang mempunyai hidupan laut di dalamya.

Fakta Yang Kita Perlu Tahu Tentang Air

Sabtu, 8 September 2012



Anda mengalami:
  1. Pening kepala
  2. Sakit belakang
  3. Mengantuk selepas makan  dan mudah penat
  4. Kurang tumpuan semasa membaca
  5. Jantung berdebar-debar
  6. Air kencing berwarna kuning pekat
  7. Kekejangan otot
  8. Mulut kering dan lidah bengkak
  9. Sukar buang air besar
  10. Panas dalam badan

Jika anda pernah atau sedang mengalami perkara diatas, berkemungkinan besar anda mengalami dehidrasi atau kekurangkan air putih dalam badan.

Diet Mudah dan Murah Dengan Air Sejuk


Bila terbaca .com Kesihatan Utusan Malaysia (11 Ogos 2012, Sabtu) dengan tajuk ‘Diet Dengan Air Sejuk’ rasa macam tidak logik pula. Bolehkah diet dengan hanya minum air sejuk? Kalau sesenang macam itu, rasanya tidak perlu orang ramai berebut-rebut beli produk untuk kurus kan?

Garnier Pure 3 in 1 Teman Baikku

Khamis, 6 September 2012


Hari ini nak cerita tentang ‘facial cleanser’ atau pencuci muka sebab kalau dah namanya perempuan mesti setiap hari cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari kan?

Lepas SPM sampailah habis degree, produk pencuci muka aku mesti st.Ives iaitu Apricot Scrub dan Cleanser/Mask. Tapi masalah tentang produk ini sukar nak cari sebab hanya jual di farmasi-farmasi seperti Guardian dan Watsons dan yang paling tak suka selalu saja tak ada stok terutama untuk cleanser/mask tu.

Dermatix Berkesan

Rabu, 5 September 2012

Saya selalu membeli 'scar reduction' kerana setiap bulan mesti ada parut jerawat pada muka. Tapi faktor pertama beli penghilang parut kerana terdapat parut gigitan serangga (serangga dikenali charli kalau di Seri Iskandar, Perak) yang sampai sekarang masih ada walaupun sudah 7 tahun sudah berlalu.

Blog Yang Mantop