Jana Duit Dengan:

Andai Tidak Dihargai

Ahad, 23 Disember 2012

Memang menyakitkan apabila segala yang kita lakukan tidak dihargai. Sedih. Kecewa. Sakit. Hanya Allah sahaja yang lebih mengerti perasaan itu. Disaat kita memerlukan seseorang, namun tiada siapapun disisi. Segalanya ditanggung sendiri. Terpaksa menanggung kesukaran demi menguatkan hati sendiri.

Bila mengharapkan manusia menghargai apa yang kita lakukan padanya. Sebenarnya kita meletakan harapan palsu yang membawa diri kita kehancuran. Ya. Mungkin segalanya telah kita korbankan. Memberi apa sahaja yang mampu demi orang lain tapi akhirnya kita ditinggalkan keseorangan.

Mengapa perlu meletakan harapan untuk dihargai, untuk perlu dibalas setiap pengorbanan yang kita dilakukan demi orang lain?
Percayalah. Semua itu akan membawa kita kehancuran apabila harapan yang diharapkan hanya tinggal harapan kosong. Akhirnya kekecewaan, kesedihan, keperitan, kesakitan yang akan kita rasai disaat kita merasakan diri tidak dihargai.

Segala apa yang kita lakukan, letakkanlah harapan itu pada Allah. Tidak perlu mengharapkan balasan manusia walau sekumit rasa sekalipun agar nanti kita tidak kecewa. Janji Allah. Setiap kebaikan walau sebesar zarah, akan dibalas. Sedangkan manusia, walau sebesar gunung kebaikan dilakukan belum tentu dibalas dengan sebesar zarah.

Jadi jangan bersedih seandainya diri tidak dihargai. Mohonlah redha Ilahi.

Penghargaan yang paling berharga dalam hidup ini, sebenarnya apabila ada insan-insan yang mendoakan kebahagian kita di dunia dan akhirat lima kali sehari tanpa kita ketahui dan sedari. Indah bukan?  
“Doa yang paling cepat diterima ialah doa seseorang bagi seseorang yang lain yang tidak hadir.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

11 comments:

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

doa senjata y pling tajam

AFNI berkata... Reply To This Comment

ye betul.. doa senjata org briman..

mis x berkata... Reply To This Comment

sgt sedih.. adakah diri anda juga tidak dihargai afni?

AFNI berkata... Reply To This Comment

:).. x la.. hny mnulis apa y dirasa aje #mis x.. xde kaitan y hdup o y mati..

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

sangat indah jika benar ada insan-insan yang mendoakan kebahagian kita tanpa disedari dan bermakna tanpa mengharapkan balasan.masih wujudkah insan-insan sebegitu?

AFNI berkata... Reply To This Comment

Insya Allah.. msih de lagi.. :)

Chekgu Anitt berkata... Reply To This Comment

afni tgh bsedih ke?
jgn sedih2 yer..
hidup ini ujian dn kita mesti lulus dgn cmerlang..

AFNI berkata... Reply To This Comment

@chekgu anitt.. sedih la sgt.. hahaha...

Leeza dayasari [santai leeza] berkata... Reply To This Comment

tidak semua org tahu mengharagi apa yg ada. saat telah hilang .. baru kesal....
aspek kerja pula.. adakala seseorg sengaja tidak mahu mengharagi, krn tidak mahu kita lbh drpd nya...
cukup alergik andai dh dibuat sesuatu, then direndah2 hasilnya.

weschairs berkata... Reply To This Comment

hmm.. bermonolog nampak gayanye ni..

AFNI berkata... Reply To This Comment

@weschairs bermonolog ckit2 aje

Catat Ulasan

Komen apa sahaja, suka hati korang la :P

Blog Yang Mantop