Dia cantik. Memang cantik. Berhijab. Memakai baju kemeja polos paras pinggang. Berdiri sambil memegang pemegang tangan yang tergantung di dalam tren. Padangan matanya keluar tren mungkin memerhati permandangan pagi di Kuala Lumpur. Tanpa dia sedari banyak mata melirik ke arahnya, mungkin kerana dia cantik atau opss…
Seluar leggingnya!! Ya, seluar leggingnya. Si cantik manis hijabista ini
berdiri betul di depanku. Dan aku pula duduk di atas kerusi yang disediakan di
dalam tren ke Kelana Jaya. Aku
mengalih pandangan mataku dari melihat dia, bukan kerana aku iri hati pada
kecantikkan dia, tetapi terbit rasa simpati apabila memandangnya. Simpatiku
bukan kerana dia berdiri tapi..
Seluar leggingnya!! Ingin sahaja aku katakan pada si cantik hijabista ini,
“awak memang cantik, tapi sayang, pemakaian awak tidak secantik awak!”. Apa
yang aku lihat adalah seorang perempuan cantik yang memakai hijab, tetapi tidak
memakai seluar!
Maaf. Apabila seorang perempuan
berhijab, memakai seluar
legging yang ketat, memakai baju yang senteng, dan
memegang pemegang tangan yang tergantung di dalam
tren, sudah pasti baju yang senteng akan terangkat ke atas dan
hasilnya?
Oppss.. Menampakkan segala bentuk dan ‘sesuatu’
yang tidak sepatutnya seseorang yang berhijab seperti si cantik manis ini
tonjolkan. Aku bukannya lelaki yang akan menganggap apa yang aku lihat itu ‘rezeki’
atau ‘cuci mata’. Aku seorang perempuan yang merasa begitu aib sekali dengan fashionista
yang dibawa oleh si hijabista yang cantik manis ini.
Semoga Allah menjauhi aku daripada
memakai pakaian sebegini dan semoga Allah memberi hidayah kepada si cantik
hijabista ber
legging ini dan pada
diriku jua.
|
Yuna tiada kaitan dengan cerita ini, tapi ok apa pakai legging? Yuna pun pakai kan? :P.. 'No comment la!'. |