Jana Duit Dengan:

Amerika Memang Bapak Segala Penjahat!!

Rabu, 15 Mei 2013


Aku baru habis baca buku “DEADLY MIST” yang tulis oleh Jerry D. Gray. Kesimpulan yang aku dapat buat “Amerika Memang Bapak Segala Penjahat!!”. Kenapa??

Bagi yang belum baca lagi buku ni, meh aku story sikit. Jerry D. Gray ni adalah rakyat Amerika dan juga bekas Tentera Udara Amerika (USAF). Beliau telah memeluk agama islam dan sekarang aktif bergerak di seluruh Indonesia untuk menyampai ceramah mengenai tipu daya dan agenda Amerika dan Yahudi.

Aku rasa semua orang tahu tentang Amerika dan Yahudi memang jahat giler tapi oleh sebab Amerika tu negara maju dan hebat pada pandangan kita, membuatkan kita lupa yang mereka ni memang bapak segala penjahat.

  • Sebelum Amerika Syarikat menjadi negera, mereka telah menghapuskan orang-orang Red Indian melalui penyebaran penyakit cacar dengan pengedaran selimut dan sapu tangan yang dijangkiti kuman cacar. 
  • CIA melepaskan jutaan nyamuk pembawa penyakit pada penduduk Cuba. Mereka menyebarkan penyakit demam berdarah yang membunuh 188 orang dibawah projek "MKULTRA".
  • Membunuh lebih satu juta penduduk awam di Iraq dan Afganistan pada akhir tahun 2007.
  • Chemtrails iaitu jalur-jalur atau jejak wap yang biasa dilihat pada pesawat jet mengandungi garam barium, serat polimer dan bahan kimia yang merbahaya yang boleh menyebabkan pendarahan hidung dan paru-paru, asma dan alahan, pneumonia, kematian akibat fungus hitam dan sebagainya. 
Chamtrails nampak cantik diudara, tapi sebenarnya merbahaya

Kat sini aku hanya highlightkan beberapa perkara yang memang dekat pada kita tapi kita tak sedar yang ia merbahaya pada kita.

1. Aspartame (Pemanis tiruan)


Patty Crane ditemui maut dikelilingi dengan tin-tin Pepsi. Ibu beliau, Betty Hayland memdedahkan perihal kematian Nutra Patty Crane di tv. Beliau datang berjumpa Dr. Bowen bagi mempelajari asas-asas tahap bahaya biokimia. Betty bertanya kepada Dr. Bowen “Mengapakah bahan kimia yang berbahaya dijual di pasaran?” Dr. Bowen menjawab “Ini adalah jenayah terancang dalam kerajaan kita.” Betty berkata “Ya. Saya juga berasa begitu. Memang ada jenayah terancang dalam kerajaan Amerika. Betapa gilanya!”. Beberapa hari selepas itu, Betty diculik tetapi beliau berjaya melepaskan diri. Dua hari selepas penculikan  Betty mati ditembak dengan dua kesan tembakan.

 “Aspartame disahkan selamat untuk dimakan oleh FDA di Amerika tetapi sebenarnya boleh menyebabkan kematian kepada pesakit diabetis”

“Mereka yang mengambil aspartame mengalami wabak kematian mengejut” – James Bowen.

Aspartame boleh menyebabkan kemurungan, mati pucuk, kenaikan berat badan, Alzheimer, diabetes dan banyak lagi. Antara nama-nama berikut berkaitan dengan aspartame:

Aspertame
Equal Measure
Acesulfame-K
Benevia
Spoonful
Sucralose
Sweeteners
Diet coke
Diet soda
Kelcogel
Sunette
Aspartame manugel
Stevia
Sugar Free

AFNI: Nasihat aku, pada yang baca artikel ni, apa kata pi dapur cek bahan-bahan makanan dan minuman anda…

2. Fluorida


“Selama lebih 50 tahun, Amerika dan media mempromosikan fluorida sebagai bahan selamat dan berkesan bagi mencegah kerosakan gigi sehingga kita di Malaysia pun menggunakan Fluride Toothpaste (Darlie, Colgate) tapi sebenarnya mereka menyorok fakta sebenar iaitu fluorida boleh meyebabkan kesan jangka panjang kepada kesihatan kita seperti arthritis, kanser, ketidaksuburan, tulang pinggul retak dan kerosakan otak”.

“Penggunaaan fluorida adalah jenayah terbesar yang dilakukan ke atas manusia berbanding dengan jenayah-jenayah lain – Profesor Albert Schatz (Penerima Anugerah Nobel Mikrobiologi)”

Perkataan Fluoride Toothpaste pada ubat gigi

“12 pemenang Nobel dalam bidang perubatan mengingatkan ancaman kesihatan yang berlaku disebabkan oleh fluorida dan boleh menyebabkan gigi menjadi rapuh. Flurida memberi kesan kepada kanak-kanak dari segi menyebabkan rasa letih, IQ rendah, ketidakmampuan belajar dan lesu.”

“Belgium adalah negara pertama dunia melarang bahan tambahan mengandungi fluorida”

AFNI: Ini membuatkan aku tertanya-tanya, kenapa Malaysia masih membenarkan penggunaan Fluorida???

3. Selsema burung, antraks, SARS, AIDS dan penyakit-penyakit membawa maut adalah ciptaan kerajaan Amerika dimana mereka mempunyai program penyelidikan Biologi  (Biological Defense Research Program).


Angkatan Tentera Amerika pernah melantik Dr. Shiro sebagai kakitangan mereka. Dr. Shiro Ishii adalah Pengarah Angkatan Pertahanan Diri Jepun yang menjalankan eksperimen penyebaran sifilis secara tersembuyi, tomato yang dicemari dengan virus deman kepialu, bacteria tetanus (kancing gigi), kutu pembawa penyakit dan bom-bom kuman berpenyakit yang dijatuhkan ke atas orang awam serta tahanan yang diikat dengan bertelanjang pada tiang-tiang kayu. Mereka yang mampu bertahan dalam eksperimen ini kemudian dibedah untuk kajian tanpa belas kasihan dan diberi ubat bius.

Dr. Shiro Ishii

p/s: sebenarnya banyak lagi cerita dalam buku ni tapi rasa malas lak nk tulis, sambung lain kali la ya.. :)

13 comments:

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

baru syok2 baca dah abih.. xnampak sgt kejahatan amerika.. tulis la lg.. hua hua..

AFNI berkata... Reply To This Comment

@Tanpa Nama malas nk tlis.. penat. lgpun klu tulis panjang2 bukannya ada org nk baca.. bosan.. :)

weschairs berkata... Reply To This Comment

Eh sapa kata xder org baca..kalau artikel menarik pasti ada yg sudi singgah..

weschairs berkata... Reply To This Comment

Eh sapa kata xder org baca..kalau artikel menarik pasti ada yg sudi singgah..

AFNI berkata... Reply To This Comment

@weschairs :)

Unknown berkata... Reply To This Comment

hebat afni baca buku tu..byk info mnarik knnnn..

Unknown berkata... Reply To This Comment

USA kejahatan apa yang tak pernah dilakukan..

AFNI berkata... Reply To This Comment

@Chekgu Anitt meme la chekgu..
@encik cool betui2

Mommy Aleesya berkata... Reply To This Comment

Menarik... tulis la lagi... :)

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

asssalamm.... tuan punya blog.. harap sudi tulis yeahh... sy nak baca sambungannya.... harap maklum...

sare berkata... Reply To This Comment

kırşehir
karabük
adıyaman
niğde
ordu
YV5

Tanju berkata... Reply To This Comment

yurtdışı kargo
resimli magnet
instagram takipçi satın al
yurtdışı kargo
sms onay
dijital kartvizit
dijital kartvizit
https://nobetci-eczane.org/
PVP

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

شركة مكافحة حشرات بمكة
شركة مكافحة حشرات

Catat Ulasan

Komen apa sahaja, suka hati korang la :P

Blog Yang Mantop