Jana Duit Dengan:

Kehebatan Facebook Aku

Rabu, 26 Disember 2012

Setahun dua lepas, aku memang hantu FB. Kalau tak buka FB sehari macam hidup tak sempurna hari tu. Kalau dah buka FB sanggup pula bersengkang mata sampai 3,4 pagi. Gila betul. Bukannya buat apapun, just main Farmville dan ninja. Lepas tu, chat dan komen post kawan-kawan. Bukannya kawan-kawan jauh pun, roommates aje yang duduk sebelah aku.

Lama-lama FB, bukannya saja tempat main game dan chat. Tetapi tempat luahkan perasaan. Kalau lapar tulis kat wall, kalau sedih tulis kat wall juga. Tak puas hati dengan lecturer, bos atau dengan kawan-kawan memang FB juga la tempatnya. Sampai ada bergaduhan kecil dengan kawan disebabkan FB. Kadang-kadang apa yang kita tulis, boleh memberi beribu makna kepada orang lain walaupun hakikatnya apa yang ditulis itu tidak ditujukan untuk seseorang.

FB boleh jadi sebagai medan peperangan yang paling mudah dan hebat. Tempat untuk mengumpat, mengata, menghasut, merendahkan orang lain dan entah apa-apa lagi. Hebat sungguh bahana FB.
Tapi sekarang aku fikir, FB sepatutnya dijadikan tempat untuk kita berkongsi sesuatu yang berfaedah di dunia dan akhirat. Bukannya sekadar tempat luahan perasaan, mencari rakan atau medan pertempuran. Setiap apa yang kita buat walau sebesar zarah akan dihitung.

Sampai bila kita mahu menulis “laparnya harini”, “stress giler”, “I hate u…f#$k”, tak pun upload gambar kita yang paling kita rasa paling super duper hot, comel, cantik atau hensem dan bila kawan-kawan komen bagi pujian, kita akan membalas “yeke? Mn de, biase aje la”. Kadang-kadang aku rasa menyampah pula tengok post wall dan juga komen-komen yang begitu.

FB itu hebat! Tetapi kenapa kita tidak menggunakan kehebatan FB itu untuk kita berkongsi ilmu yang memberi kebaikan di dunia dan akhirat?

8 comments:

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

fb oooh fb...

AFNI berkata... Reply To This Comment

fb... bosan tp sllu bukak.. hehe

MalizaMah berkata... Reply To This Comment

sy kalau tgk mcm tu masih abaikan.... malas nk melayannya..
kalau status memaki2.. tah apa2..
mcm ckp nk bg penampar n seumpamanya..
kan lebih baik, terus ke wall org tu n tulis..

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

pling myampah bla tgk aweks y budget cun amek pix muncung2 mulut, lps tu sexy nk mmpuih.. alahai.. ko hingat ko cntik sgt ke wat camtu? camtu hampeh.. hahaha

AFNI berkata... Reply To This Comment

:P..... mcm2 kt fb de..

lanahmad7 berkata... Reply To This Comment

tidak berkata tp bermadah .....
dahnamaponfb...so mcm2 adaaaaaaa..kakakkaka

AFNI berkata... Reply To This Comment

@lan ahmad mmg mcm2 ader

emre berkata... Reply To This Comment

kastamonu
ordu
sivas
tekirdağ
antakya

X217

Catat Ulasan

Komen apa sahaja, suka hati korang la :P

Blog Yang Mantop