Setahun dua lepas, aku memang hantu FB. Kalau tak buka FB
sehari macam hidup tak sempurna hari tu. Kalau dah buka FB sanggup pula
bersengkang mata sampai 3,4 pagi. Gila betul. Bukannya buat apapun, just main Farmville
dan ninja. Lepas tu, chat dan komen post kawan-kawan. Bukannya kawan-kawan jauh
pun, roommates aje yang duduk sebelah aku.
Lama-lama FB, bukannya saja tempat main game dan chat. Tetapi
tempat luahkan perasaan. Kalau lapar tulis kat wall, kalau sedih tulis kat wall
juga. Tak puas hati dengan lecturer, bos atau dengan kawan-kawan memang FB juga
la tempatnya. Sampai ada bergaduhan kecil dengan kawan disebabkan FB.
Kadang-kadang apa yang kita tulis, boleh memberi beribu makna kepada orang lain
walaupun hakikatnya apa yang ditulis itu tidak ditujukan untuk seseorang.
Tapi sekarang aku fikir, FB sepatutnya dijadikan tempat
untuk kita berkongsi sesuatu yang berfaedah di dunia dan akhirat. Bukannya
sekadar tempat luahan perasaan, mencari rakan atau medan pertempuran. Setiap
apa yang kita buat walau sebesar zarah akan dihitung.
Sampai bila kita mahu menulis “laparnya harini”, “stress
giler”, “I hate u…f#$k”, tak pun upload gambar kita yang paling kita rasa paling
super duper hot, comel, cantik atau hensem dan bila kawan-kawan komen bagi
pujian, kita akan membalas “yeke? Mn de, biase aje la”. Kadang-kadang aku rasa
menyampah pula tengok post wall dan juga komen-komen yang begitu.
FB itu hebat! Tetapi kenapa kita tidak menggunakan kehebatan
FB itu untuk kita berkongsi ilmu yang memberi kebaikan di dunia dan akhirat?
8 comments:
fb oooh fb...
fb... bosan tp sllu bukak.. hehe
sy kalau tgk mcm tu masih abaikan.... malas nk melayannya..
kalau status memaki2.. tah apa2..
mcm ckp nk bg penampar n seumpamanya..
kan lebih baik, terus ke wall org tu n tulis..
pling myampah bla tgk aweks y budget cun amek pix muncung2 mulut, lps tu sexy nk mmpuih.. alahai.. ko hingat ko cntik sgt ke wat camtu? camtu hampeh.. hahaha
:P..... mcm2 kt fb de..
tidak berkata tp bermadah .....
dahnamaponfb...so mcm2 adaaaaaaa..kakakkaka
@lan ahmad mmg mcm2 ader
kastamonu
ordu
sivas
tekirdağ
antakya
X217
Catat Ulasan
Komen apa sahaja, suka hati korang la :P