Jana Duit Dengan:

Amerika Memang Bapak Segala Penjahat!!

Rabu, 15 Mei 2013


Aku baru habis baca buku “DEADLY MIST” yang tulis oleh Jerry D. Gray. Kesimpulan yang aku dapat buat “Amerika Memang Bapak Segala Penjahat!!”. Kenapa??

Bagi yang belum baca lagi buku ni, meh aku story sikit. Jerry D. Gray ni adalah rakyat Amerika dan juga bekas Tentera Udara Amerika (USAF). Beliau telah memeluk agama islam dan sekarang aktif bergerak di seluruh Indonesia untuk menyampai ceramah mengenai tipu daya dan agenda Amerika dan Yahudi.

Aku rasa semua orang tahu tentang Amerika dan Yahudi memang jahat giler tapi oleh sebab Amerika tu negara maju dan hebat pada pandangan kita, membuatkan kita lupa yang mereka ni memang bapak segala penjahat.

  • Sebelum Amerika Syarikat menjadi negera, mereka telah menghapuskan orang-orang Red Indian melalui penyebaran penyakit cacar dengan pengedaran selimut dan sapu tangan yang dijangkiti kuman cacar. 
  • CIA melepaskan jutaan nyamuk pembawa penyakit pada penduduk Cuba. Mereka menyebarkan penyakit demam berdarah yang membunuh 188 orang dibawah projek "MKULTRA".
  • Membunuh lebih satu juta penduduk awam di Iraq dan Afganistan pada akhir tahun 2007.
  • Chemtrails iaitu jalur-jalur atau jejak wap yang biasa dilihat pada pesawat jet mengandungi garam barium, serat polimer dan bahan kimia yang merbahaya yang boleh menyebabkan pendarahan hidung dan paru-paru, asma dan alahan, pneumonia, kematian akibat fungus hitam dan sebagainya. 
Chamtrails nampak cantik diudara, tapi sebenarnya merbahaya

Kat sini aku hanya highlightkan beberapa perkara yang memang dekat pada kita tapi kita tak sedar yang ia merbahaya pada kita.

1. Aspartame (Pemanis tiruan)


Patty Crane ditemui maut dikelilingi dengan tin-tin Pepsi. Ibu beliau, Betty Hayland memdedahkan perihal kematian Nutra Patty Crane di tv. Beliau datang berjumpa Dr. Bowen bagi mempelajari asas-asas tahap bahaya biokimia. Betty bertanya kepada Dr. Bowen “Mengapakah bahan kimia yang berbahaya dijual di pasaran?” Dr. Bowen menjawab “Ini adalah jenayah terancang dalam kerajaan kita.” Betty berkata “Ya. Saya juga berasa begitu. Memang ada jenayah terancang dalam kerajaan Amerika. Betapa gilanya!”. Beberapa hari selepas itu, Betty diculik tetapi beliau berjaya melepaskan diri. Dua hari selepas penculikan  Betty mati ditembak dengan dua kesan tembakan.

Jika Allah

Sabtu, 26 Januari 2013

I asked Allah for strength and Allah gave me difficulties to make me strong.
I asked Allah for wisdom and Allah gave me problems to solve.
I asked Allah for courage and Allah gave me obstacles to overcome.
I asked Allah for love and Allah gave me troubled people to help.
I asked Allah for favors and Allah gave me opportunities.
Maybe I received nothing I wanted, but I received everything I needed Alhamdulillah

"Ikhlaskan hati. Kuatkan hati. Allah Allah Allah. Hati ini milik-Mu, jagakan ia sebaiknya kerana jika aku yang menjaganya, kerap aku campakkan ia di tempat yang tak sepatutnya"

Bekerja Dari Rumah? Betul ke Bohong?

Rabu, 16 Januari 2013

Afni tengok berlambak-lambak iklan ‘Job at Home’  kat website. Once, bila dah kelip-kelip banner diorang tu, Afni pun gatal tangan la nak klik. So, bila dah klik dan kodek sana-sini, verify email semua tu. Sekali nak daftar kena bayar kot. Afni tak berapa ada duit, so X ajelah website itu.

Jadi Afni guna sedikit sebanyak pengalaman sebagai Market Research dulu, buat research tentang bekerja dari rumah tanpa perlu bayar apa-apa untuk dapatkan kerja. Dan Afni jumpa banyak website dari luar negara yang menawarkan kerja dari rumah terus dari agency kerja tanpa perlu bayar apa-apa!!

Kerjanya pulak, alahai senang aje pun, data entry, blog commentar, Like FB, vote pictures, survey, shares Google+ dan banyak lagi. Bayaran pula ada yang dalam USD tu.

Dah banyak Afni sign up, dan ada yang dah dapat payment pun. Yahoo!! Walaupun tak banyak, ia permulaan yang bagus.

Jadi sesiapa yang berminat nak berkerja dari rumah, apa yang diperlukan of course la English kena power, kalau tak power boleh la Google translate, fast typing, internet connection (ini wajib ada la kan) dan akaun paypal.

Nak tahu agency apa yang bagi free sign up untuk turning your minutes into money at home? Kat bawah ni Afni senaraikan 3 agency yang boleh dipercayai (confim dapat payment) untuk melakukan kerja yang tak sampai 2-10 minit sahaja. KLIK pada perkataan merah kat bawah dan hanya perlu sign up.

1. MINUTE WORKER – Poll pictures, Like FB, Share g+, Komen Youtube, Komen Blog
2. MINIFREELANCE- Poll pictures, Like FB, Share g+, Komen Youtube, Visit Website (kalau register yang ni, ada email Afni as Referre, jangan delete ya :)
3. SURVEYHEAD – Survey
4. FREELANCER – Data Entry, Blog Article, Editing (Untuk 2-4 minggu/bulan kerja)

P/S: Kalau ada yang berminat untuk kerja dari rumah yang long term (2-4 minggu/bulan) yang lain, sila beritahu Afni. InsyaAllah nanti Afni senaraikan agency yang boleh dipercayai sebab Afni pun sign up diorang untuk buat freelance ni.

Update: Rujuk Bekerja Dari Rumah? Betul ke Bohong? Part 2 [Klik Sini]

Awas!! Nombor Boleh Membunuh

Sabtu, 12 Januari 2013


Jika anda merasakan anda sudah pandai mengira, jom layan keajaiban nombor yang mungkin anda tidak ketahui:
  • Nombor 2520 boleh dibahagi dengan 1, dan 2, dan 3, dan 4, 5, 6, 7, 8 dan 9, tanpa meninggalkan baki (tiada perpuluhan).
  • Nombor 37, tidak boleh dibahagi dengan nombor-nombor lain kecuali 1. Tetapi 111, 222, 333, 444, 555, 666, 777, 888, dan 999 boleh dibahagi dengan 37 tanpa meninggalkan baki.
  • Dibawah ini adalah cara untuk menghasilkan nombor 1 dengan menggunakan 10 nombor secara serentak, iaitu:
  • Bekas Republik Yugoslavia menggunakan 2 huruf rasmi iaitu Latin dan Cyrilic, 3 agama utama (Kristian Ortodok, Katolik, dan Islam), 4 budaya (Latin, Jerman, Slav, dan Timur), 5 bangsa (serb, Croat, Sloven, Macedonia dan Montenegrin), 6 republik (Serbia, Croatia, Slovenia, Macedonia, Montenegro, dan Bosnia-Herzegovina) serta 7 negara jiran (Itali, Austria, Hungary, Romania, Bulgaria, Creece dan Albania).

Memang seronok bermain dengan angka, tetapi awas, angka bukan sahaja boleh memeningkan anda, malah ia juga boleh membunuh seperti yang terjadi di  bekas Republik Yugoslavia.

Sumber: Mastika

Blog Yang Mantop