Jana Duit Dengan:

Jika Allah

Sabtu, 26 Januari 2013

I asked Allah for strength and Allah gave me difficulties to make me strong.
I asked Allah for wisdom and Allah gave me problems to solve.
I asked Allah for courage and Allah gave me obstacles to overcome.
I asked Allah for love and Allah gave me troubled people to help.
I asked Allah for favors and Allah gave me opportunities.
Maybe I received nothing I wanted, but I received everything I needed Alhamdulillah

"Ikhlaskan hati. Kuatkan hati. Allah Allah Allah. Hati ini milik-Mu, jagakan ia sebaiknya kerana jika aku yang menjaganya, kerap aku campakkan ia di tempat yang tak sepatutnya"

Bekerja Dari Rumah? Betul ke Bohong?

Rabu, 16 Januari 2013

Afni tengok berlambak-lambak iklan ‘Job at Home’  kat website. Once, bila dah kelip-kelip banner diorang tu, Afni pun gatal tangan la nak klik. So, bila dah klik dan kodek sana-sini, verify email semua tu. Sekali nak daftar kena bayar kot. Afni tak berapa ada duit, so X ajelah website itu.

Jadi Afni guna sedikit sebanyak pengalaman sebagai Market Research dulu, buat research tentang bekerja dari rumah tanpa perlu bayar apa-apa untuk dapatkan kerja. Dan Afni jumpa banyak website dari luar negara yang menawarkan kerja dari rumah terus dari agency kerja tanpa perlu bayar apa-apa!!

Kerjanya pulak, alahai senang aje pun, data entry, blog commentar, Like FB, vote pictures, survey, shares Google+ dan banyak lagi. Bayaran pula ada yang dalam USD tu.

Dah banyak Afni sign up, dan ada yang dah dapat payment pun. Yahoo!! Walaupun tak banyak, ia permulaan yang bagus.

Jadi sesiapa yang berminat nak berkerja dari rumah, apa yang diperlukan of course la English kena power, kalau tak power boleh la Google translate, fast typing, internet connection (ini wajib ada la kan) dan akaun paypal.

Nak tahu agency apa yang bagi free sign up untuk turning your minutes into money at home? Kat bawah ni Afni senaraikan 3 agency yang boleh dipercayai (confim dapat payment) untuk melakukan kerja yang tak sampai 2-10 minit sahaja. KLIK pada perkataan merah kat bawah dan hanya perlu sign up.

1. MINUTE WORKER – Poll pictures, Like FB, Share g+, Komen Youtube, Komen Blog
2. MINIFREELANCE- Poll pictures, Like FB, Share g+, Komen Youtube, Visit Website (kalau register yang ni, ada email Afni as Referre, jangan delete ya :)
3. SURVEYHEAD – Survey
4. FREELANCER – Data Entry, Blog Article, Editing (Untuk 2-4 minggu/bulan kerja)

P/S: Kalau ada yang berminat untuk kerja dari rumah yang long term (2-4 minggu/bulan) yang lain, sila beritahu Afni. InsyaAllah nanti Afni senaraikan agency yang boleh dipercayai sebab Afni pun sign up diorang untuk buat freelance ni.

Update: Rujuk Bekerja Dari Rumah? Betul ke Bohong? Part 2 [Klik Sini]

Awas!! Nombor Boleh Membunuh

Sabtu, 12 Januari 2013


Jika anda merasakan anda sudah pandai mengira, jom layan keajaiban nombor yang mungkin anda tidak ketahui:
  • Nombor 2520 boleh dibahagi dengan 1, dan 2, dan 3, dan 4, 5, 6, 7, 8 dan 9, tanpa meninggalkan baki (tiada perpuluhan).
  • Nombor 37, tidak boleh dibahagi dengan nombor-nombor lain kecuali 1. Tetapi 111, 222, 333, 444, 555, 666, 777, 888, dan 999 boleh dibahagi dengan 37 tanpa meninggalkan baki.
  • Dibawah ini adalah cara untuk menghasilkan nombor 1 dengan menggunakan 10 nombor secara serentak, iaitu:
  • Bekas Republik Yugoslavia menggunakan 2 huruf rasmi iaitu Latin dan Cyrilic, 3 agama utama (Kristian Ortodok, Katolik, dan Islam), 4 budaya (Latin, Jerman, Slav, dan Timur), 5 bangsa (serb, Croat, Sloven, Macedonia dan Montenegrin), 6 republik (Serbia, Croatia, Slovenia, Macedonia, Montenegro, dan Bosnia-Herzegovina) serta 7 negara jiran (Itali, Austria, Hungary, Romania, Bulgaria, Creece dan Albania).

Memang seronok bermain dengan angka, tetapi awas, angka bukan sahaja boleh memeningkan anda, malah ia juga boleh membunuh seperti yang terjadi di  bekas Republik Yugoslavia.

Sumber: Mastika

Isu Kalimah Allah [Jangan Salah Faham]

Khamis, 10 Januari 2013


Malam tadi aku tertengok FB seorang sahabat aku post gambar diatas dan dengan yakinnya menulis "Ini yg "Anda" mahukan kan?". Memang itu FB dia, dan dia berhak untuk tulis apa yang dia mahu dan kenapa aku pulak sibuk-sibuk nak bagi ulasan tentang post kawan aku ni kan?

Aku tak kisahpun dia nak tulis apa, tapi yang aku kisah apa yang dia postkan tu SALAH!! Salah info tu bro. Lu main post aje sesuka hati lu. Sebelum post isu-isu panas macam ni, cari fact yang betul dulu dan fahami. Jangan membabi buta post.

Untuk makluman lu, isu sekarang adalah untuk menggantikan istilah God kepada Allah. Bukannya Jesus kepada Allah. Christianity percaya kepada God the Father (God), Son of God (Jesus) dan Holy Spirit (Roh suci).

Aku tak nak komen lebih-lebih isu ni sebab aku pun kurang ilmu, tapi baca ulasan dibawah:

"Kalimah Allah adalah kalimah bahasa Arab. Datangnya dari perkataan ‘Al-ilah’ yang diringkaskan menjadi ‘Allah’. Perkataan ‘ilah’ pula ertinya sesuatu yang disembah dan didewa-dewakan. 

Ia meliputi berhala ciptaan manusia seperti Latta dan Uzza sembahan masyarakat Jahiliyyah dan juga nafsu yang didewa-dewakan manusia sehingga dijadikan ‘ilah’ mereka" 
[Klik sini] 

Wallahuallam.

Doa Seorang Perempuan

Ahad, 6 Januari 2013

"Ikhlaskan hati. Kuatkan hati. Allah Allah Allah. Hati ini milik-Mu, jagakan ia sebaiknya kerana jika aku yang menjaganya, kerap aku campakkan ia di tempat yang tak sepatutnya".

Aku ingin
Kau bersamaku
Memimpin tanganku
Menuju Allah Yang Satu

Aku ingin
Kau disampingku
Bersamaku
Memperbaiki diri
Diatas kesilapan-kesilapan
Yang lalu

Aku
Perlukanmu
Menjadi imamku
Menggantikan walidku

Sungguh!!!
Aku tidak memerlukan
Apa yang
Tidak ada padamu
Cukuplah dirimu

Menemani aku
Bersama denganku
Membawa aku
Menyusuri liku-liku
Kehidupan
Dengan acuanmu sendiri
Berlandaskan syariat Ilahi

Doaku
Semoga kau dan aku
Bertemu
Di Jannah
Suatu saat nanti

Munafik

Khamis, 3 Januari 2013


Sabda Rasulullah SAW:  “Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Tiada Azam Baru Tapi...

Rabu, 2 Januari 2013


Aku tiada azam baru untuk tahun ini, aku hanya ingin B.E.R.U.B.A.H!!! Tapi....

Blog Yang Mantop