Bila mengharapkan manusia menghargai apa yang kita lakukan
padanya. Sebenarnya kita meletakan harapan palsu yang membawa diri kita
kehancuran. Ya. Mungkin segalanya telah kita korbankan. Memberi apa sahaja yang
mampu demi orang lain tapi akhirnya kita ditinggalkan keseorangan.
Mengapa perlu meletakan harapan untuk dihargai, untuk perlu
dibalas setiap pengorbanan yang kita dilakukan demi orang lain?
Percayalah. Semua itu akan membawa kita kehancuran apabila harapan yang diharapkan hanya tinggal harapan kosong. Akhirnya kekecewaan, kesedihan, keperitan, kesakitan yang akan kita rasai disaat kita merasakan diri tidak dihargai.
Percayalah. Semua itu akan membawa kita kehancuran apabila harapan yang diharapkan hanya tinggal harapan kosong. Akhirnya kekecewaan, kesedihan, keperitan, kesakitan yang akan kita rasai disaat kita merasakan diri tidak dihargai.
Segala apa yang kita lakukan, letakkanlah harapan itu pada
Allah. Tidak perlu mengharapkan balasan manusia walau sekumit rasa sekalipun agar
nanti kita tidak kecewa. Janji Allah. Setiap kebaikan walau sebesar zarah, akan
dibalas. Sedangkan manusia, walau sebesar gunung kebaikan dilakukan belum tentu
dibalas dengan sebesar zarah.
Jadi jangan bersedih seandainya diri tidak dihargai.
Mohonlah redha Ilahi.
Penghargaan yang paling berharga dalam hidup ini, sebenarnya apabila ada insan-insan yang mendoakan kebahagian kita di dunia dan akhirat
lima kali sehari tanpa kita ketahui dan sedari. Indah bukan?
11 comments:
doa senjata y pling tajam
ye betul.. doa senjata org briman..
sgt sedih.. adakah diri anda juga tidak dihargai afni?
:).. x la.. hny mnulis apa y dirasa aje #mis x.. xde kaitan y hdup o y mati..
sangat indah jika benar ada insan-insan yang mendoakan kebahagian kita tanpa disedari dan bermakna tanpa mengharapkan balasan.masih wujudkah insan-insan sebegitu?
Insya Allah.. msih de lagi.. :)
afni tgh bsedih ke?
jgn sedih2 yer..
hidup ini ujian dn kita mesti lulus dgn cmerlang..
@chekgu anitt.. sedih la sgt.. hahaha...
tidak semua org tahu mengharagi apa yg ada. saat telah hilang .. baru kesal....
aspek kerja pula.. adakala seseorg sengaja tidak mahu mengharagi, krn tidak mahu kita lbh drpd nya...
cukup alergik andai dh dibuat sesuatu, then direndah2 hasilnya.
hmm.. bermonolog nampak gayanye ni..
@weschairs bermonolog ckit2 aje
Catat Ulasan
Komen apa sahaja, suka hati korang la :P