Jana Duit Dengan:

Isu Kalimah Allah [Jangan Salah Faham]

Khamis, 10 Januari 2013


Malam tadi aku tertengok FB seorang sahabat aku post gambar diatas dan dengan yakinnya menulis "Ini yg "Anda" mahukan kan?". Memang itu FB dia, dan dia berhak untuk tulis apa yang dia mahu dan kenapa aku pulak sibuk-sibuk nak bagi ulasan tentang post kawan aku ni kan?

Aku tak kisahpun dia nak tulis apa, tapi yang aku kisah apa yang dia postkan tu SALAH!! Salah info tu bro. Lu main post aje sesuka hati lu. Sebelum post isu-isu panas macam ni, cari fact yang betul dulu dan fahami. Jangan membabi buta post.

Untuk makluman lu, isu sekarang adalah untuk menggantikan istilah God kepada Allah. Bukannya Jesus kepada Allah. Christianity percaya kepada God the Father (God), Son of God (Jesus) dan Holy Spirit (Roh suci).

Aku tak nak komen lebih-lebih isu ni sebab aku pun kurang ilmu, tapi baca ulasan dibawah:

"Kalimah Allah adalah kalimah bahasa Arab. Datangnya dari perkataan ‘Al-ilah’ yang diringkaskan menjadi ‘Allah’. Perkataan ‘ilah’ pula ertinya sesuatu yang disembah dan didewa-dewakan. 

Ia meliputi berhala ciptaan manusia seperti Latta dan Uzza sembahan masyarakat Jahiliyyah dan juga nafsu yang didewa-dewakan manusia sehingga dijadikan ‘ilah’ mereka" 
[Klik sini] 

Wallahuallam.

Doa Seorang Perempuan

Ahad, 6 Januari 2013

"Ikhlaskan hati. Kuatkan hati. Allah Allah Allah. Hati ini milik-Mu, jagakan ia sebaiknya kerana jika aku yang menjaganya, kerap aku campakkan ia di tempat yang tak sepatutnya".

Aku ingin
Kau bersamaku
Memimpin tanganku
Menuju Allah Yang Satu

Aku ingin
Kau disampingku
Bersamaku
Memperbaiki diri
Diatas kesilapan-kesilapan
Yang lalu

Aku
Perlukanmu
Menjadi imamku
Menggantikan walidku

Sungguh!!!
Aku tidak memerlukan
Apa yang
Tidak ada padamu
Cukuplah dirimu

Menemani aku
Bersama denganku
Membawa aku
Menyusuri liku-liku
Kehidupan
Dengan acuanmu sendiri
Berlandaskan syariat Ilahi

Doaku
Semoga kau dan aku
Bertemu
Di Jannah
Suatu saat nanti

Munafik

Khamis, 3 Januari 2013


Sabda Rasulullah SAW:  “Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Tiada Azam Baru Tapi...

Rabu, 2 Januari 2013


Aku tiada azam baru untuk tahun ini, aku hanya ingin B.E.R.U.B.A.H!!! Tapi....

Blog Yang Mantop