Jana Duit Dengan:

Alasan Bodoh Bila Harga Barang Naik

Rabu, 10 Oktober 2012

Semua orang dah sedia maklum sehari selepas Bajet 2013, harga gula naik RM0.20. Ala RM0.20 aje pon, bukanlah banyak manapun kan? Baru RM0.20 ramai dah kecoh. Ala, 20sen tu kalau bagi kat budak-budak sekarang tak naknya diorang. Tak pandang langsung kot. Kerajaan naikkan harga gula tu sebab ramai sangat rakyat Malaysia menghidap diabetis. So, kalau harga naik ramai la nanti tak ada diabetis. Semua rakyat Malaysia bebas dari diabetis. Think positive la sikit.


Tapi logik ke dengan menaikkan harga RM0.20 dapat mengurangkan pesakit diabetis sebanyak 2.6juta? Gula itu barang keperluan asas, ia diperlukan oleh semua orang termasuk yang ada diabetis atau tidak. Harga gula naik walau sampai langit pun orang akan tetap beli kot. Rokok walaupun mahal, orang tetap beli sebab bagi perokok ia keperluan untuk mereka. Inikan gula, yang dah sedia maklum diperlukan oleh semua. 

Bagi aku, adalah alasan BODOH apabila menyatakan harga gula dinaikkan selepas mengambil kira jumlah pesakit diabetis sebanyak 2.6juta. Dengan kata lain, harga gula naik sebab ramai pesakit diabetis. Sound fishy betul la. Jangan terkejut jika selepas ini akan keluar kenyataan:
  • Harga beras naik kerana ramai yang obesiti
  • Harga petrol naik kerana ramai yang merempit
  • Harga kambing dan garam naik kerana ramai pesakit darah tinggi
  • Harga minyak naik sebab orang minyak dah pupus
  • Harga diri????

9 comments:

Unknown berkata... Reply To This Comment

setuju.. ni untuk kepentingan kroni2 sahaja. hehe tumbangkan satu hari nanti.
:)

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

harga diri trun sbb rmai y bodoh.. huhu

zuhdi sanusi berkata... Reply To This Comment

wah betol punyer marah tuan hamba., tp bugus.., aku suka cra tuan blog ni berfikir., lantang dan berani.,

AFNI berkata... Reply To This Comment

mrah jgk la.. kata nak tlg rkyat.. ini mbebankan rkyat. sbb klu hrga gula naik kmungkinan hrga mknan pon naik sma. efeknya sgt bsar wp hny bmula dr 20sen..:P

MalizaMah berkata... Reply To This Comment

semua naik bila ada 1 benda naik. masa tu semua benda pun ada kaitan....

bik mama berkata... Reply To This Comment

tunggu xlme lg.. bik mama naik gnti piem ye.. hehe

AFNI berkata... Reply To This Comment

amboi bik mama.. nk tny bik de diabetis x? klu de nanti bla jd piem bik naikkn hrg gula ke 3hinggit trus. xpyh nk sen2 cam skrng ni.. inya Allah diabetis bik pon berkurang..:P

Unknown berkata... Reply To This Comment

kurangkan gula dalam makanan, tambahkan gula dalam senyuman... :)

kalau orang dah suka minum manis, naiklah berapa pun orang sanggup beli...
pastu bila 1 barang naik, barang lain pun mula la naik...

Khalilah berkata... Reply To This Comment

Rokok satu keperluan harga mcm bedil pun org beli... Stakat kenaikan 20sen, mmg tak rasa apa lah utk sesetengah org...Tapi, kesannya harga minuman makanan naik mencanak2 sebab alasan gula naik. SAKIT KEPALA.

Catat Ulasan

Komen apa sahaja, suka hati korang la :P

Blog Yang Mantop