Jana Duit Dengan:

Alasan Bodoh Bila Harga Barang Naik

Rabu, 10 Oktober 2012

Semua orang dah sedia maklum sehari selepas Bajet 2013, harga gula naik RM0.20. Ala RM0.20 aje pon, bukanlah banyak manapun kan? Baru RM0.20 ramai dah kecoh. Ala, 20sen tu kalau bagi kat budak-budak sekarang tak naknya diorang. Tak pandang langsung kot. Kerajaan naikkan harga gula tu sebab ramai sangat rakyat Malaysia menghidap diabetis. So, kalau harga naik ramai la nanti tak ada diabetis. Semua rakyat Malaysia bebas dari diabetis. Think positive la sikit.


Tapi logik ke dengan menaikkan harga RM0.20 dapat mengurangkan pesakit diabetis sebanyak 2.6juta? Gula itu barang keperluan asas, ia diperlukan oleh semua orang termasuk yang ada diabetis atau tidak. Harga gula naik walau sampai langit pun orang akan tetap beli kot. Rokok walaupun mahal, orang tetap beli sebab bagi perokok ia keperluan untuk mereka. Inikan gula, yang dah sedia maklum diperlukan oleh semua. 

Bagi aku, adalah alasan BODOH apabila menyatakan harga gula dinaikkan selepas mengambil kira jumlah pesakit diabetis sebanyak 2.6juta. Dengan kata lain, harga gula naik sebab ramai pesakit diabetis. Sound fishy betul la. Jangan terkejut jika selepas ini akan keluar kenyataan:
  • Harga beras naik kerana ramai yang obesiti
  • Harga petrol naik kerana ramai yang merempit
  • Harga kambing dan garam naik kerana ramai pesakit darah tinggi
  • Harga minyak naik sebab orang minyak dah pupus
  • Harga diri????

From Zero To Hero..

Selasa, 9 Oktober 2012

Rasanya lama sangat tak update blog, jadi hari ini sekadar nak kongsi short film yang paling Afni suka sangat walaupun dah tengok beriban kali dari tahun lepas. Memang touching giler, jadi Afni upload kat sini takut-takut nanti lappy Afni rosak, boleh tengok kat sini saja...

Blog Yang Mantop